Nona Superwoman Award 2018 Rai Wanita Cemerlang

Kempen Nona Superwoman yang dibawakan oleh Majalah Nona, terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd sampai ke kemuncaknya dengan penganjuran Nona Superwoman Award 2018. Malam anugerah ini meraikan wanita-wanita yang banyak memberi inspirasi serta mempunyai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Hadir dengan tema ‘Inspirasi Wanita Bermula di Sini’, Nona Superwoman Award 2018 mengiktiraf wanita melalui 36 kategori anugerah yang sinonim dengan majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun. Para penerima anugerah ini bukan saja terdiri daripada golongan selebriti, malah ia merangkumi golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini, Kiffy Razak selaku Editor Pengurusan Majalah Nona amat teruja dengan penerimaan dan sambutan daripada penerima-penerima anugerah yang ingin berkongsi kejayaan mereka seterusnya menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain.

“Sebelum kami hadir dengan Nona Superwoman Award 2018, kami pernah mengajurkan acara seumpama ini seperti Nona 3 Dekad, 60 Wanita Inspirasi Nona dan Temasya Nona Wedding Trend. Namun, pengajuran acara sebelum ini adalah pada skala yang kecil. Tahun ini, kami tampil dengan lebih gah dan lebih berprestij. Para penerima juga terdiri daripada wanita yang terbukti banyak memberikan inspirasi dan kekuatan kepada wanita di luar sana untuk terus maju kehadapan dalam dunia yang semakin mencabar ini”.

Jenama Majalah Nona yang telah berada selama 33 tahun di pasaran ini juga menjadi bukti kandungan yang diberikan masih relevan buat masyarakat Malaysia. Menurut Farah Hussamuddin selaku Penerbit Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., jenama majalah Nona ini sangat dekat dengan wanita-wanita di Malaysia melalui ramuan kandungan yang dirancang khas walaupun berdepan dengan ledakan digital.

“Selama 33 tahun jenama Majalah Nona dipasaran, ianya banyak memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana untuk mencipta kejayaan. Kandungan yang dipaparkan di dalam majalah Nona ini sering kali dijadikan rujukan oleh mereka. Sehingga ke hari ini, kami masih mengekalkan identiti dan formula yang telah dibincangkan bersama sama ada dalam percetakan mahupun dalam penulisan digital ”

Sebanyak 36 anugerah diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini termasuk satu anugerah utama iaitu Nona Superwoman of The Year 2018, yang diterima oleh Tan Sri Datin Paduka Sri Rafidah binti Aziz.

Selain daripada Nona Superwoman of The Year, antara anugerah-anugerah lain yang diberikan pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini ialah Nona Celebrity Business Award (Mila Jirin), Nona Fashionista Award (Rozita Che Wan), Nona Motivator Award (Prof Dr Muhaya), Nona Charity Award (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah), Nona Royal Award (YM Tunku Kaiyisah), Nona Active Award (Datuk Nicol David), Nona VIP Award (Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina), Nona Entrepreneurs Award (Datin Vivy Yusof).

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa turut tersenarai dalam penerima anugerah dengan masing-masing membawa pulang dua anugerah iaitu Nona Legend Award & Nona Influencer Award (Datuk Siti), Nona Insta Famous Award & Nona Hijab Award (Neelofa).

Selain membawa pulang trofi anugerah, kisah inspirasi para penerima anugerah Nona Superwoman ini turut di kongsi dalam edisi istimewa Majalah Nona edisi Disember 2018. Bukan itu sahaja, kisah-kisah mereka juga turut dikongsikan di platform digital Majalah Nona melalui perkongsian artikel dan video yang boleh diikuti di www.nona.my/nonasuperwoman .

Pada malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Ella dan Syamel turut membuat persembahan istimewa bagi meraikan wanita-wanita contoh ini. Turut hadir bagi meraikan penerima-penerima anugerah ini ialah seorang menteri wanita kerajaan Malaysia, YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Selain meraikan para penerima anugerah ini, majalah Nona juga turut menghargai para pengikut setia mereka melalui penganjuran peraduan #mySuperwoman di Instagram dengan berkongsi kisah Superwoman dalam hidup mereka. Pengikut setia majalah Nona berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik beserta wang tunai melalui peraduan ini. Maklumat lanjut, boleh terus ke Instagram majalah Nona.

Penganjuran Nona Superwoman Award 2018 ini turut mendapat sokongan daripada jenama perbankan , Affin Bank Berhad selaku penaja utama. Selain itu, malam anugerah ini juga turut dikilaukan oleh Swarovski dan diserikan oleh Max Factor  selaku penaja bersama.

Malam Nona Superwoman Award 2018 ini juga turut dibawakan secara langsung melalui Facebook LIVE Majalah Nona, Mingguan Wanita dan Media Hiburan. Bagi mengikuti kisah inspirasi para penerima anugerah dan menonton video meraka, kunjungi laman web www.nona.my/nonasuperwoman, Facebook [MajalahNona] dan Instagram [MajalahNona].

Senarai penuh penerima Nona Superwoman Award 2018 :

1. Nona Superwoman Of The Year Award 2018 (Tan Sri Rafidah Aziz)
2. Nona Celebrity Business Award 2018 (Mila Jirin)
3. Nona Fashionista Award 2018 (Rozita Che Wan)
4. Nona Motivator Award 2018 (Prof Datuk Dr Che Muhaya Mohamad)
5. Nona Charity Award 2018 (Puan Sri Dato’ Azrene Abdullah)
6. Nona Royal Award 2018 (YM Tunku Kaiyisah)
7. Nona Legend Award 2018 (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
8. Nona Influencer Award 2018 (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
9. Nona Active Award 2018 (Datuk Nicol David)
10. Nona Vip Award 2018 (Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina)
11. Nona Best Cover Award 2018 (Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim)
12. Nona Best Fashion Brand Award 2018 (Izrin Binti Ismail)
13. Nona Beauty Award 2018 (Fyza Kadir)
14. Nona Instafamous Award 2018 (Neelofa)
15. Nona Hijab Award 2018 (Neelofa)
16. Nona Professional Award 2018 (Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir)
17. Nona Entrepreneur Award 2018 (Datin Vivy Yusof)
18. Nona Culinary Award 2018 (Anis Nabilah Binti Umaruddin)
19. Nona Home-Grown Award 2018 (Datin Seri Nur Shahida)
20. Nona Independent Woman Award 2018 (Ziana Zain)
21. Nona Best CEO Award (Developer) 2018 (Datin Paduka Dr Hjh Noraida Bt Hj Mohd Yusof)
22. Nona Best Media Social Trainer Award 2018 (Mohd Najib Asaddok)
23. Nona Best Aesthetic Award 2018 (Datin Dr Suffia Hany Mohd Amin)
24. Nona Best Medic Shoes Award 2018 (Nur Diana Dzulkiply)
25. Nona Best Growing F&B Business Award 2018 (Siti Nursabrina Sobri)
26. Nona Best Young Entrepreneur Award 2018 (Siti Aisyah Kamaruddin)
27. Nona Best Jamu Award 2018 (Dato’ Sri Hanni Borhan)
28. Nona Best Medispa & Wellness Award 2018 (Dr Katalina)
29. Nona Best Online Brand Award 2018 (Dyana Roslan)
30. Nona Best Local Halal Award 2018 (Dorina Abdullah)
31. Nona Best Timeless Beauty Award 2018 (Thania Mohd Mustapa)
32. Nona Best Strategic Thinker Award 2018 (Hadyan Ibrahim)
33. Nona Best Emerging Entrepreneur Award 2018 (Hafizatul Atikah Mohd Fauzi)
34. Nona Best Technology Business Award 2018 (Datin Nur Ezdiani)
35. Nona Preferred Bank Award 2018 (Affin Bank)
36. Nona Best Glitz Award 2018 (Swarovski)