Showcase Amal Raikan Wanita Mingguan Wanita

31 Mac, Shah Alam  –  Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada 8 Mac setiap tahun, Mingguan Wanita dengan didokong oleh Nona, Hijabista dan Pa & Ma mengambil inisiatif untuk mengembalikan keriangan, keceriaan dan  sens of humor melalui pengajuran sebuah showcase.

Semalam telah berlangsungnya, SHOWCASE AMAL RAIKAN WANITA di Sime Darby Convection Centre bermula jam 2.00 petang hingga 5.30 petang dengan dihadiri lebih daripada 400 orang penonton.

Selama lebih 2 jam penonton dihiburkan dengan lawak jenaka daripada Harith Iskandar, Mark Adam, Zero dan Elly Mazlein. Nabil Ahmad selaku pengacara juga tidak ketinggalan dengan lawak santai yang dibawakan semasa mengacarakan showcase ini.

Selain menikmati lawak jenaka yang dibawakan oleh barisan pelawak, sambil menjamu selera para penonton juga turut dihiburkan dengan nyanyian daripada penyanyi wanita bersuara lunak, Dayang Nurfaizah yang membawakan 2 buah lagu. Mark Adam dan Elly Mazlein juga tidak ketinggalan menghiburkan para penonton dengan membuat persembahan nyanyian istimewa.

Showcase Amal Raikan Wanita adalah buah tangan dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd, untuk meraikan  wanita dari pelbagai bidang.Kita bersama raikan  sumbangan, peranan, jasa dan budi wanita. Ia pastinya suatu yang sangat bererti buat semua wanita,” demikian menurut Penerbit Eksekutif, Farah Hussamuddin.

Katanya, dengan tema ‘Dunia Tanpa Wanita’,  showcase amal ini didedikasikan khas untuk insan-insan teristimewa di sekeliling kita.

Tidak dinafikan, peranan yang dimainkan oleh wanita bukan calang-calang. Cuba pejamkan mata, bayangkan, andainya dunia ini tanpa insan yang bernama wanita, mampukah lelaki memikul segala tanggungjawab yang selama ini digalas oleh wanita?

Banyak lagi kisah-kisah menarik ‘Dunia Tanpa Wanita’ ini yang akan kami bawakan sempena showcase ini. Apa yang kami harapkan ialah, showcase ini dapat sedikit sebanyak menghilangkan tekanan yang ramai wanita alami. Bergelak ketawalah sambil menikmati minum petang yang disajikan,” katanya.

Pada hari itu juga, dua  rumah kebajikan terpilih iaitu  RAUDATUL SAKINAH danPERTUBUHAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN RUMAH KITA dan  turut menerima sumbangan daripada Mingguan Wanita atas hasil jualan meja yang dibeli oleh para penonton.

Beberapa orang selebriti juga turut hadir menyaksikan showcase ini. Antara selebriti yang hadir ialah Diana Amir, Lisdawati serta pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita, Syakirin Husnal.

Turut hadir YAM Cik Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din, YAM Tengku Sharif Temenggog Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Ybhg Pn Masdiana Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor dan Ybhg Pn Datin Seri Shamsidar binti Taharin, isteri kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia selaku tetamu VIP pada showcase itu.

Bagi mengikuti lebih lanjut mengenai kempen Dunia Tanpa Wanita, kunjungi laman web www.mingguanwanita.my/duniatanpawanita, Facebook @MingguanWanita dan Instagram @MingguanWanita.