Tanya Dr Imelda Kupas Isu Kesihatan Wanita

Tanya Doktor Imelda ialah sebuah rancangan bual bicara khusus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama Ideaktiv menerusi Mingguan Wanita.

Rancangan ini mengetengahkan perkongsian menarik merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu-isu berkaitan kesihatan wanita akan dihoskan oleh selebriti popular Lisa Surihani bersama Pakar Kesihatan Ibu Hamil & Janin, Dr Imelda.

Bersiaran selama 1 jam, setiap Khamis jam 9 malam, episod pertama akan ditayangkan mulai 4 Julai ini. Selama 9 minggu bersiaran, topik-topik menarik akan dikupas ialah :
1. Berpantang selepas bersalin
2. Keguguran
3. Bersenam semasa hamil dan selepas bersalin
4. Fibroid & Cyst
5. Kanser dalaman wanita
6. Penjagaan dan kesihatan payudara
7. Kaedah perancang keluarga
8. Keputihan dan masalah haid
9. Persedian untuk kehamilan dan diabetes semasa hamil

Bercakap kepada Mingguan Wanita mengenai penglingbatan Dr Imelda dalam rancangan Tanya Dr Imelda ini, beliau berkata :

Banyak cabarannya sebab saya bukan artis. Ia bukan satu kebiasaan bagi saya berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan melalui kamera. Selalunya kita ‘one to one’ dan berbincang dengan pesakit. Kalau tulis tu cara lain. Ia satu skill yang lain, different skill set, perbezaa yang sangat besar. Saya banyak belajar daripada membuat ‘show’ ini” ujarnya.

I hope it worth it. I hope you learn a lot. I hope we gain a lot of awareness supaya kita sama-sama mencegah penyakit dan menjaga kesihatan kita“, tambah beliau lagi.

Rancangan Tanya Dr Imelda ini akan mula ditayangkan pada 4 Julai ini, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Prim (105) dan Prima HD (121).