Rasa Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor 2019

RASA BUBUR LAMBUK MEGA WARISAN SELANGOR 2019 

5000 bubur lambuk untuk warga Selangor.

 

Selangor, 25 Mei 2019 – Sempena bulan Ramadan kali ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Rasa telah menganjurkan program CSR RASA BUBUR LAMBUK MEGA WARISAN SELANGOR  pada 25 Mei 2019 , bertempat di Padang Dataran kemerdekaan, Shah Alam.

Program ini adalah bertujuan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan serta sebagai salah satu usaha mengukuhkan lagi semangat kerjasama serta penyatuan masyarakat Shah Alam dan Selangor amnya tanpa mengira pangkat dan usia serta rumpun bangsa.

Sebanyak 20 periuk bubur lambuk telah dimasak secara gotong royong dan kemudian telah diagihkan secara percuma kepada orang ramai, pasukan beruniform dan masjid-masjid sekitar Shah Alam bermula jam 5.00 petang sehingga 6.30 petang.

Program gotong royong ini berjalan lancar dengan sokongan daripada penaja-penaja seperti Campbell, Adela, Tourism Selangor dan Ajio-sho serta kerjasama daripada pihak Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Perbadanana Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara Selangor, Politeknik Sultan Idris Shah, Kolej Damansara Utama dan Radio Zayyan.

Gotong royong juga turut disertai oleh beberapa orang Selebiriti, Chef Selebiriti, Hero  Remaja, Dewi Remaja  dan Instafamous.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan YB. Datuk Rashid Bin Asari.

Turut hadir Ketua Pengarah JAIS, S.S. Dato’ Haris Bin Kasim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, En. Syamil Fahim Mohd Fahim, Ketua Pegawai Operasi FGV, Syed Mahdhar Syed Hussain, Pegawai Eksekutif  Perbadanan Adat Melayu & Warisan (Padat), Y.Bhg Dato’ Paiman Bin Keromo dan Pemangku Pengurus Besar Tourism Selangor, Y. Brs Mohammad Zaim bin Mohammad Nashir, Ketua Komunikasi Korporat Aji-Shio, Cindy Chan, Penolong Pengurus Jenama, Mariah Omar.

Turut diadakan Pelancaran Edisi Khas Lebaran Majalah Rasa dan Penyampaian sumbangan daripada pihak FGV kepada tiga badan kebajikan.

Mengulas mengenai projet RASA BUBUR LAMBUK MEGA INI, Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz, menjelaskan projek ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menerapkan rasa syukur dan saling berbahagi rezeki melalui pengedaran bubur lambuk selain sebagai satu usaha mengukuhkan perpaduan dan kerjasama sesama masyarakat melalui aktiviti gotong-royong khususnya dalam bulan yang mulia Ramadan.

Majalah Rasa merupakan Jenama Masakan No.1 yang telah 18 tahun di pasaran, yang kini bukan sahaja unggul sebagai majalah malah juga sebagai Portal No.1 Dunia Masakan yang menjadi rujukan utama pelayar-pelayar media sosial.

Bagi mengikuti info lanjut mengenai Majalah Rasa, layari laman web www.rasa.my, Facebook @majalahrasa dan Instagram @majalahrasa.

 

-TAMAT-