Pa&Ma Playdate

2023 | Majalah Pa&Ma

Banyak kupasan topik keibubapaan, pendidikan serta kesihatan anak yang akan diketengahkan dalam Pa&Ma Playdate.

10 EPISOD

Sambil tengok keluarga Datin Almy dan Raja Azura enjoy main badminton, ketahui juga parenting style mereka. Agak-agaknya mereka berdua ni ibu yang macam mana?

Sambil tengok keluarga Azwan Kombos dan Irma Hasmie buat macam-macam aktiviti di Super Park @ Next Gen ketahui bagaimana mereka galakkan anak-anak belajar. Asyik belajar je ke atau belajar sambil bermain?

Confirm meriah punyalah bila dua beradik ni bergabung. Entah apa agaknya aktiviti yang Sharif dan Atu Zero nak buat dengan keluarga mereka. Mereka akan bincangkan tentang topik Old vs New, apa agaknya tu eh?

Latih kemahiran motor dan sosial anak-anak dengan membawa mereka ke Fun X World, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama! Nak tahu apa yang menarik, jom bersama keluarga Fiza Frizzy dan Nadia Anuar beriadah di sana. Bukan main gamat suasana!

Komposer terkenal, Ajai dan keluarga sempat meraikan syawal bersama Irin Putri dan anak lelakinya. Selain bergembira berhari raya, kedua-dua famili ini nampaknya meluangkan masa untuk bermain muzik bersama.

Seronok sungguh tengok Yasmin Hani dan anak-anaknya meluangkan masa berkhemah. Tambah meriah bila Christina Suzanne dan anak lelakinya, Adrian Noah Faiz. Yasmin dan Christina mendidik anak-anak mereka untuk memghargai alam sekitar dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Apa agaknya yang mereka buat waktu camping tu ya?

Pelakon dan penerbit berbakat, Liyana Jasmay bersama anak-anaknya melakukan aktiviti bonding yang menarik. Selain membersihkan halaman rumah, Liyana dan dua puterinya juga memasak di dapur! Lebih menarik, mereka turut bersama-sama Black Hanifah dan anak perempuannya untuk berkebun dan belajar tentang alam sekitar.

Pelakon yang mula dikenali melalui lakonannya untuk drama bersiri Juvana, Zahiril Adzim dan keluarga meluangkan masa di Farm In The City bersama famili Farah Nabilah. Belajar tentang haiwan, banyak aktiviti yang kedua-dua keluarga bahagia ini lakukan di petting zoo tersebut. Siap mandikan tortoise dan beri makan burung!

Kali ini Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama anak-anak mereka ke Genting Highlands. Menariknya, tiada sebarang penggunaan gajet dibenarkan ketika berlibur di sana. Nadiya Nisaa dan famili pun ada, turut menyahut cabaran ketika berada di Genting Highlands. Tak sabar nak tahu apa aktiviti dua keluarga ini. Memang mendebarkan!