Nak tengok konten? Kami ada di   
Nak tengok konten? Kami ada di   

Rasa Nostalgia Kampung Style

2023 | Majalah Rasa

Rasa Nostalgia Kampung Style (RNKS) merupakan program masakan yang membawa penonton ke kampung selebriti tanah air bersama lima hos berbeza setiap minggu; Chef Wan, Chef Ismail, Chef Adu, Jaafar Onn dan Rozita Che Wan.

22 EPISOD

Rasa Nostalgia Kampung Style musim ini membuka tirainya dengan penampilan istimewa Dato’ AC Mizal bersama hos, Chef Adu Amran. Katanya Dato’ AC nak masak Gulai Lemak Cili Api Udang & Bubur Pulut Hitam. Menjadi ke tak agaknya ya?

Dalam episod kedua, Chef Adu Amran bersama Roy Azman untuk masak menu berbuka nostalgia. Nampak sedap je masakannya. Apa agaknya menu yang bakal dikongsi esok ya?

Ceriakan hari anda dengan menonton Rasa Nostalgia Kampung Style bersama Chef Adu & Namie dari Kumpulan Ubi. Apa agaknya menu nostalgia yang bakal Namie masak nanti?

Hari ini giliran Ezzaty Abdullah pula akan masak-masak bersama Chef Adu Amran dalam Rasa Nostalgia Kampung Style. Agak-agak pandai ke Ezzaty Abdullah ni masak?Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon popular yang pernah membintangi filem Pasrah, iaitu Norman Hakim. Menerusi episod keempat rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan transformasi dekorasi makeover di kediaman Norman Hakim.

Episod kelima Rasa Nostalgia Kampung Style menampilkan Chef Adu bersama penyanyi yang tidak asing lagi, Zizi Kirana yang akan memasak menu nostalgianya.

Episod keenam Rasa Nostalgia Kampung Style menampilkan gandingan Chef Wan sebagai hos dan Betty Rahmad sebagai selebriti jemputan. Betty Rahmad nak masak menu apa tu untuk Chef Wan? Wah, sakan ya. Biasanya tengok masakan Betty semua sedap-sedap belaka. Kecur liur dibuatnya.

Dalam Rasa Nostalgia Kampung Style episod 7, Sazzy Falak nak masak menu ‘special’ untuk Chef Wan. Wow…Tak sabar nak tengok menu yang mereka berdua ni masak.

Dalam episod 8, Chef Wan dan Ezzrin Loy akan masak bersama untuk menu berbuka nostalgia. Nampak sedap je masakannya. Menu apa agaknya yang bakal dikongsi tu ya?

Bulan puasa ni semua nampak sedap. lebih-lebih lagi kalau lauk pauk kampung. Memang berselera makan masa berbuka. Untuk episod kali ini, Chef Ismail akan bersama Ustazah Asni Mansor untuk memasak menu nostalgia. Wah, hebat juga menunya!

Bila Aisha Retno masuk dapur! Ha…Biasa tengok di pentas nyanyian je. Kali ni, bersingsing lengan masak menu nostalgia Ramadan. Meriah betul jadinya. Tak sabar nak tengok menu yang bakal Aisha Retno masak untuk Chef Ismail.

Bila Zila Bakarin masuk dapur! Wow, enak sungguh menu-menunya. Memang kena sangatlah masak untuk berbuka puasa. Rugi kalau tak salin resipi yang Zila Bakarin masak bersama Jaafar Onn ni.

Rasa Nostalgia Kampung Style sudah memasuki episod ke-12. Kali ini menampilkan Jaafar Onn bersama pelakon Amar Baharin yang akan memasak menu-menu nostalgia yang menggamit kenangan di bulan Ramadan.

Rasa Nostalgia Kampung Style menampilkan hos Jaafar Onn bersama selebriti terkemuka, Esma Daniel. Sedapnya menu yang mereka bakal kongsikan ni. Pasti ramai yang tak sabar nak salin resipinya.

Jaafar Onn kali ini bersama Iqram Dinzly untuk memasak menu berbuka nostalgia. Wow… Pasti kecoh dapur dibuatnya. Kalau nak tengok aksi Iqram Dinzly di dapur, jangan lupa tonton ya.

Rasa Nostalgia Kampung Style, hari ini giliran Che Ta pula untuk masak-masak bersama Ayie Floor88. Sedapnya menu. Memang padu!

Episod Rasa Nostalgia Kampung Style minggu ini dimulakan dengan penampilan Chef Ismail bersama penyanyi, Amir Masdi. Agaknya apakah menu yang menggamit kenangan Amir di bulan Ramadan ni ya? Pandai ke tak Amir ni masak?

Rasa Nostalgia Kampung Style kali ini giliran Chef Ismail dan Shashic pula yang akan masak bersama. Tak sabar nak tengok menu yang bakal dimasak dan gelagat mereka di dapur. Mesti riuh!

Rasa Nostalgia Kampung Style sudah memasuki episod ke-18. Kali ini menampilkan Che Ta bersama penyanyi, Sufian Suhaimi yang akan memasak menu nostalgianya di bulan Ramadan. Menjadi ke tidak masakan Sufian Suhaimi tu?

Hari ini giliran Sabronzo pula akan masak-masak bersama Che Ta dalam Rasa Nostalgia Kampung Style. Nampak sedap menunya. Agak-agak pandai ke Sabronzo ni masak?

Ceriakan hari anda dengan menonton Rasa Nostalgia Kampung Style bersama Che Ta & Ayu Raudah. Wah, nampaknya adik-beradik bergabung di dapur ni. Apa agaknya menu nostalgia yang bakal mereka masak nanti?

Riuhnya dapur Rasa Nostalgia Kampung Style dengan kehadiran Chef Ismail dan Catriona Ross sebagai tetamu jemputan. Gelagat mereka berdua memang mencuit hati! Dua menu bakal dikongsi dalam episod 21 ini. Agak-agak menjadi tak juadah yang mereka masak?

Rasa Nostalgia Kampung Style sudah tiba ke penghujungnya. Episod terakhir ini menampilkan Che Ta bersama pelakon, Azrel Ismail yang akan memasak dua menu istimewa. Dengarnya ada Pulut Kuning. Wah…Sedapnya!