
seeNI adalah platform pertama di Malaysia yang menggabungkan konsep mikro-drama dan kandungan yang dihasilkan pengguna (user-generated content), dengan bangganya melancarkan Projek seeNI x Remaja UniDrama, sebuah inisiatif berimpak tinggi yang bertujuan mencungkil dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan pelajar kolej serta universiti tempatan.
Projek ini memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan drama pendek berdurasi 20 minit dalam genre terpilih, dengan setiap pasukan menerima geran produksi sebanyak RM4,000 daripada seeNI. Selain itu, tiga drama terbaik akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM5,000, RM4,000 dan RM3,000.
Inisiatif ini bukan sekadar pertandingan, sebaliknya merupakan satu usaha menyeluruh bagi membina ekosistem kreatif yang mampan, sekali gus melahirkan generasi pencerita di Malaysia yang berpotensi besar dalam industri seni dan kandungan digital.
FORMAT SEGAR UNTUK PENONTON
Projek seeNI x Remaja UniDrama bakal menampilkan 10 buah drama, setiap satu dibahagikan kepada 10 episod berdurasi dua minit, menjadikan jumlah keseluruhan 100 episod pendek.
Penonton akan dapat menikmati dua episod setiap minggu selama lima minggu secara eksklusif di platform seeNI yang menawarkan pengalaman tontonan yang berterusan dan interaktif.
Lebih menarik, undi penonton akan dibuka selepas setiap episod disiarkan, membolehkan peminat mengundi serta berinteraksi secara langsung dengan kandungan yang ditayangkan.
Pendekatan ini mengukuhkan hubungan antara komuniti kreatif dan penonton, sekaligus menjadikan pengalaman tontonan lebih dinamik dan inklusif.
MENGAPA PROJEK SEENI X REMAJA UNIDRAMA PENTING
Projek ini dirancang dengan matlamat strategik yang memberi manfaat kepada peserta dan juga ekosistem kreatif Malaysia secara keseluruhan:
- Peningkatan Penglibatan Komuniti: Penglibatan pelajar tempatan dapat memperkukuh hubungan antara platform seeNI dan institusi pendidikan, selain memupuk kpenglibatan pengguna yang lebih mendalam.
- Pengayaan Kandungan : Penambahan drama pendek berformat baharu memperluas jaringan kandungan seeNI dan memenuhi citarasa penonton yang inginkan cerita segar dan pelbagai.
- Peluang Kolaborasi Industri : Jalinan kerjasama dengan kolej dan universiti membuka peluang jangka panjang bagi pembangunan bakat serta kolaborasi industri kreatif.
- Penemuan Bakat Baharu : Projek ini menjadi platform pelancaran bagi pelakon dan pengarah muda untuk menonjolkan bakat mereka, sekali gus membuka laluan ke dunia profesional dalam industri kreatif negara.
seeNI yakin bahawa industri kreatif Malaysia akan terus berkembang apabila bakat muda diberi peluang untuk berkarya dan diketengahkan.
Melalui kerjasama dengan Majalah Remaja, Projek UniDrama bukan sekadar sebuah pertandingan tetapi ia merupakan gerakan untuk memperkasa pencerita muda dalam membina jaringan kolaborasi, serta menonjolkan kreativiti generasi baharu negara.
“Kami ingin mewujudkan ruang di mana anak muda Malaysia dapat mengekspresikan diri, bereksperimen dengan gaya penceritaan, serta berhubung dengan penonton yang berkongsi minat dan semangat yang sama,”
kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi platform seeNI.
“Projek ini adalah langkah penting ke arah memupuk industri kreatif yang lebih dinamik dan bersedia menghadapi masa depan.”
SYARAT PENYERTAAN :
1. Mestilah berdaftar sebagai pelajar universiti / kolej di Malaysia (awam atau swasta)
2. Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan secara individu atau berpasukan
3. Hanya dua penyertaan dibenarkan untuk setiap individu / pasukan
Hantarkan penyertaan anda ke email: seeni@ideaktiv.com
Format Penyertaan Atas Talian
Format Untuk Dokumen (powwerpoint/PDF) atau Video Pitching (.mp4)
TARIKH PENGHANTARAN PENYERTAAN :
13 Nov 2025 – 26 Nov 2025

MENGENAI seeNI
seeNI ialah platform pertama di Malaysia yang menggabungkan mikro-drama dan kandungan yang dijana pengguna (User-Generated Content, UGC), menawarkan pelbagai cerita menarik dan segar sambil memperkasa para pencipta kandungan.
Dengan menggabungkan elemen hiburan dan penyertaan pengguna, seeNI menghubungkan komuniti melalui kandungan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia.
MENGENAI REMAJA
Remaja merupakan platform gaya hidup belia terkemuka di Malaysia yang dikenali kerana memperjuangkan suara dan aspirasi generasi muda. Dengan legasi kukuh dalam menginspirasi serta mendekati golongan belia, Remaja terus menyediakan ruang dan peluang untuk ekspresi kreatif serta memberi impak budaya yang positif.




