Nak tengok konten? Kami ada di   
Nak tengok konten? Kami ada di   

Hero Dewi Remaja 2023

2023 | Majalah Remaja

Buat julung kalinya, pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja disatukan dalam satu edisi bagi mencari juara ke-12 bagi kedua-dua pentandingan! Nantikan program Hero Dewi Remaja 2023 bermula 10 November 2023, setiap hari Jumaat jam 10 malam di Astro Ria.

ONGOING

8 EPISOD

Perjalanan 16 finalis Hero Dewi Remaja 2023 bermula pada minggu ini apabila mereka diasak dengan cabaran fizikal bersama Veteran TUDM & Jurulatih Kecergasan, Kapten Raeiz Hamed. Adrenalin memuncak, semangat membara! Tapi cukupkah itu saja untuk menjadi juara? Jom lihat siapa yang mempunyai kekuatan mentaliti dan siapa pula yang mudah ‘koyak’.

Dalam episod kedua kali ini, Hero Dewi Remaja 2023, akan diuji dengan Sustainability Challenge.
Nak jadi juara kenalah cepat tangkap & kreatif kan! Sejauh mana pemahaman mereka mengenai topik kelestarian ini?

Bunga bukan sebarang bunga, bunga dijual finalis Hero Dewi Remaja 2023 tau! Pada minggu ini, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengendalikan perniagaan sendiri. Barulah tahu perasaan membawa jenama sendiri ke hadapan satu hari nanti seperti yang telah dilakukan oleh ‘abang & kakak’ alumni Hero Remaja & Dewi Remaja terdahulu.

Untuk episod kali ini, 14 peserta Hero Dewi Remaja 2023 dibawa melihat sendiri apakah tugas-tugas sebagai seorang penyampai radio dan news anchor. Mereka dibawa bertemu penyampai radio ERA FM, Munaa Bella dan penyampai berita Astro Awani, Luqman Hariz untuk mendalami ilmu dalam dunia penyiaran radio dan televisyen. Sejauh mana mereka mampu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan ?

Pada episod kali ini, Hero Dewi Remaja 2023, berpeluang mendalami ilmu dalam bidang lakonan. Melalui kelas lakonan yg dikendalikan oleh pelakon Siti Khadijah Halim, para peserta telah diajar bagaimana cara untuk melakonkan sesuatu watak secara berkesan. Utk cabaran bagi episod ini, para peserta dikehendaki melakonkan satu babak romantik melalui skrip yg dibekalkan, dan babak lakonan ini telah diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim. Mampukah lakonan mereka meresap ke dalam jiwa penonton? Sama sama kita saksikan hasil lakonan mereka dalam episod kelima Hero Dewi Remaja 2023.

Episod penuh debaran, peserta Hero Dewi Remaja 2023 dicabar untuk berada di luar zon selesa di mana kali ini mereka perlu menangani ketakutan dengan membuat video menarik di tempat agam penuh sejarah. Ditemani seorang pencipta kandungan seram yang aktif di media sosial, Naufal Osman & pengacara serta penyampai radio, Keanu Azman berkongsi tips dan ilmu bermanfaat. Episod ini juga menampilkan seorang pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air, Fikry Ibrahim. Keringat cemas, diselubungi ketakutan… Namun siapakah diantara mereka yang berjaya mengatasinya demi mara ke pusingan separuh akhir Hero Dewi Remaja 2023?

Pada episod kali ini, Hero Dewi Remaja 2023 membawa penonton merasai adrenalin dan suspen bersama pengarah tanahair, Sein Qudsi. Mereka diberikan satu babak series arahan beliau bertajuk, “FRAMED” untuk dilakonan semula. Mampukah mereka menambat hati pengarah & pemain utama drama bersiri ini, Mimi Lana?

Atas pentas, 12 finalists compete,
The winner’s fate, soon to meet!