Nak tengok konten? Kami ada di   
Nak tengok konten? Kami ada di   

Mak Ajar Masak 2024

2024 | Majalah Rasa

Rasa Mak Ajar Masak bakal menemani anda sepanjang Ramadan ini bersama barisan selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi tradisi keluarga bersama mak atau anak mereka. Jangan lupa saksikan Rasa Mak Ajar Masak yang akan bersiaran bermula 11 Mac 2024, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.

LATEST

22 EPISOD

Rasa Mak Ajar Masak membuka tirai musim ini dengan tetamu jemputan Uyaina Arshad. Istimewanya kali ini, Uyaina tidak keseorangan memasak kerana ditemani ibunya yang akan berkongsi resipi Kari Ikan Merah dan Pengat Pisang. Wow, tentunya enak untuk hidangan berbuka puasa nanti.

Tentunya tak sabar nak tengok Nubhan memasak dengan Mak Jenny. Riuh rendah dibuatnya bila dua beranak ni bergabung. Menu Rendang Maman dan Talam Pandan Moyang adalah resipi warisan yang akan dikongsi oleh Mak Jenny.

Rasa Mak Ajar Masak, hari ini giliran Fizo Omar pula menyediakan hidangan berbuka bersama mamanya. Sedapnya menu Daging Bakar Danok dan Kole Kacang. Memang padu rasa!

Ceriakan hari anda dengan menonton Rasa Mak Ajar Memasak bersama Abby Abadi dan anak gadisnya. Apa agaknya menu yang bakal dimasak oleh Abby bersama anaknya?

Hari ini giliran Diana Danielle dan anaknya, Aurora menyediakan hidangan berbuka puasa. Agak-agak pandai ke si Aurora ni nak masak? Boleh ke mereka berganding di dapur dan siapkan masakan ‘on-time’?

Episod Rasa Mak Ajar Masak hari ini menampilkan Wafiy Ilhan bersama mamanya. Dengarnya nak menggamit kenangan di bulan Ramadan dengan memasak resipi keluarga dari Sabah. Betul ke Wafiy ni boleh masak?

Bila Tyzo Xander masuk dapur. Nampak semangat betul bila sesekali nak memasak. Ibu saudaranya yang dipanggil ibu akan mengajar Tyzo memasak menu tradisi keluarga. Tak sabar nak tengok hasilnya!

Episod Rasa Mak Ajar Masak kali ini lebih istimewa kerana Aiman Tino sendiri minta maknya ajar memasak. Menu apalah yang akan diajar oleh maknya kan? Khabarnya Aiman nak sahabat baik dan keluarga untuk merasai sendiri keenakan air tangannya.

Didie Alias kali ini bersama anak gadisnya memasak menu berbuka tradisi keluarga. Bila mak-mak ajar anak memasak, memang riuh rendah dapur dibuatnya.

Hari ini giliran Datuk Nora Ariffin akan masak-masak bersama anaknya dalam Rasa Mak Ajar Masak. Nampak sedap menunya. Pasti banyak juga ilmu masakan yang dikongsi oleh Datuk Nora kepada anaknya.

Rasa Mak Ajar Masak minggu ini menampilkan Sharifah Shahirah dan anak. Gabungan mak dan anak ni memang kecoh. Tak kering gusi dibuatnya. Menu yang disediakan pun cukup menyelerakan.

Bila Rozita Che Wan masak! Wow, enak sungguh menu-menunya. Memang sesuai untuk hidangan berbuka puasa. Bukan itu saja, banyak juga tip yang dikongsikan oleh mak Che Ta. Sangat berguna!

Bulan puasa ni semua makanan nampak sedap, lebih-lebih lagi kalau lauk-pauk kampung. Memang berselera dihidangkan masa berbuka. Jom kita tengok Raja Azura bergandingan dengan maknya di dapur menyiapkan menu tradisi keluarga. Pasti kecoh bila Kak Engku memasak.

Wah episod kali ini kita tengok Daiyan Trisha memasak bersama maknya. Pandai ke Daiyan ni memasak dan menu apa yang bakal dikongsi tu ya? Mesti sedap.

Rasa Mak Ajar Masak menampilkan Fadhli Masoot bersama mama tercinta. Wow menu orang Nogori, Rendang Nasib dan Gulai Telur Itik. Menu ini memang membuka selera bila berbuka nanti.

Bila si cantik manis Yaya Zahir masuk ke dapur dalam Rasa Mak Ajar Masak, pasti tak sabar nak tengok. Apakah menu ‘special’ yang akan dimasak bersama ibunya?

Rasa Mak Ajar Masak hari ini giliran Azad Jasmin dan mak pula yang akan masak bersama. Pasti kecoh bila Azad Jasmin di dapur untuk menyediakan menu untuk berbuka puasa nanti.

Rasa Mak Ajar Masak sudah memasuki episod ke-18. Kali ini kita tengok skil memasak Nabila Razali bersama ibunya. Menu apalah yang akan dimasaknya nanti kan? Tak sabar nak tengok Nabila beraksi di dapur.

Rugi kalau tak tonton Rasa Mak Ajar Masak bersama Ramona Zamzam dan maknya. Jarang sekali nak tengok anak dan mak ni memasak bersama. Tentu gamat dapur dengan gelak Ramona nanti. Apa agaknya menu nostalgia yang bakal mereka masak ya?

Rasa Mak Ajar Masak, hari ini giliran Ain Edruce pula untuk masak-masak bersama mamanya. Apalah agaknya menu kesukaan Ain ni ye? Riuh rendah bila Ain masuk dapur.

Bila Keanu Azman masuk dapur! Ha…Biasa tengok dia mengacara saja. Kali ni, masuk ke dapur untuk masak menu tradisi keluarga. Tak sabar nak tengok menu yang bakal Keanu masak bersama ibunya.

Episod terakhir Rasa Mak Ajar Masak menampilkan Shasha Abedul bersama ibu saudaranya menyediakan menu raya. Pandai ke Shasha ni masak?