Ajar Masak 2025

2025 | Majalah Rasa

Rasa kembali dengan sebuah program masakan terbaru sempena Ramadan iaitu Rasa Ajar Masak, sebuah program masakan yang menampilkan selebriti popular tanah air bersama suami, isteri, ayah, ibu, atuk, nenek atau sahabat terdekat mereka, berkongsi ilmu masakan yang penuh nostalgia. Oleh itu, Rasa Ajar Masak yang direncahkan oleh BABA’S tampil dengan pelbagai resipi istimewa dan menarik untuk dicuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 1 Mac 2025, setiap Sabtu hingga Rabu jam 7.00 malam di saluran ASTRO Prima.

LATEST

22 EPISOD

Betul-betul gamat apabila Dato’ Chef Ismail dan Maria TunkuSabri berganding dalam Rasa Ajar Masak. Sambil memasak sambil melawak. Apalah agaknya menu yang bakal dimasak nanti?   Pasti tak sabar nak tahu. Jadi jangan lupa tonton Rasa Ajar Masak, Sabtu 1 Mac, jam 7.00 malam hanya di Astro Prima dan Astro Go.

Apa jadi kalau anak perempuan berganding memasak dengan ayahnya? Jangan lepaskan peluang menyaksikan skill memasak Nana Mahazan bersama ayah kesayangan dalam rancangan Rasa Ajar Masak. Riuh itu sudah pasti. Nak tahu kecohnya macam mana, jangan lupa saksikan pasangan anak beranak ini pada Ahad 2 Mac, jam 7.00 malam hanya di Astro Prima dan Astro Go.

Tiba giliran Mimi Fly dan ibunya memasak bersama dalam Rasa Ajar Masak. Eh,bukan dia pandai menyanyi sahaja? Bolehkah Mimi memasak? Boleh atau tidak, kita saksikan MImi Fly beraksi di dapur pula selalu tengok dia di atas pentas. Sama-sama kita saksikan Rasa Ajar Masak, Isnin 3 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Si cantik manis Aleeza Kassim tak mahu kalah ya. Dia akan bergandingan dengan Qalisya beraksi di dapur. Nak tahu apa menu yang akan dimasak nanti, jangan lupa untuk saksikan mereka berdua dalam Rasa Ajar Masak Selasa 4 Mac, jam 7.00 malam hanya di Astro Prima dan Astro Go.

Skill memasak ‘ibu’ jangan dipertikai. Jangan lupa saksikan episod bersama Dato’ Khadijah Ibrahim bersama anaknya, Hajar. Kalau bab memasak ni Dato’ Khaty memang handal, pakej pula dengan suara yang merdu ketika menyanyi. Jadi jom kita saksikan gelagat dua beranak ini memasak dalam Rasa Ajar Masak.

Selalu tengok Bunga menyanyi je, kali ni nak tengok Bunga dan suami memasak pula di dapur. Jangan lepaskan peluang saksikan pasangan ini dalam Rasa Ajar Masak pada Sabtu 8 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima & Astro Go.

Ramai yang menanti kemunculan pengacara cantik manis ini. Rasa Ajar Masak menampilkan Hawa Rizwana bersama ayahnya. Wah selalu tengok Hawa mengacara. Pandai ke Hawa nak memasak ni? Ha…kalau nak tahu, tontonlah mereka dalam Rasa Ajar Masak pada Ahad 9 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Hari ini Ikmal Amry dan isteri nak masak menu istimewa menggunakan rempah BABA’S. Mesti sweet je mereka berdua walaupun di dapur. Nak tahu apa yang akan dimasak pasangan sejoli ini, jangan lupa untuk tonton Rasa Ajar Masak pada Isnin 10 Mac, jam 7.00 malam hanya di Astro Prima dan Astro Go.

Tak pernah tak lawak. Gandingan Watie Sadali dan Joey Daud ni memang mencuit hati. Ada-ada saja lawak selamba abang Joey ni. Siapa yang ajar siapa kita sama-sama tonton Rasa Ajar Masak, Selasa 11 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go. Rugi kalau tak tonton.

Bakat besar bakal menyinar! Bukan sahaja pandai menyanyi, nampaknya Talita juga berbakat memasak. Yang ajar tak lain tak bukan mummy Watie Hanifiah yang memang serasi dengan anak-anak tirinya. Terserlah betul sifat keibuan Watie bila bersama Talita.

Dalam episod kali ini, Chef Adu dan Aniq akan masak bersama untuk menu berbuka. Nampak sedap je masakannya. Tambah pula guna rempah BABA’S, confirm tambah selera dibuatnya. Jom kita saksikan Rasa Ajar Masak, Sabtu 15 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Dalam Rasa Ajar Masak episod ini, Hariz Hamdan nak masak menu ‘special’ bersama ibunya Wow…Tak sabar nak tahu menu yang dimasak. Nak tahu jadi ke tidak masakannya, kenalah tengok Rasa Ajar Masak, Ahad 16 Mac, jam 7.00 malam. Hanya di Astro Prima dan Astro Go.

Pasangan romantis dua sejoli. Abe Wan Ismail Golok aka Sabri Yunus nak memasak bersama isteri tercinta, Angeline Tan. Apa agaknya masakan yang jadi pilihan pasangan ini bila memasak menggunakan rempah BABA’S? Saksikan mereka berdua dalam Rasa Ajar Masak Isnin 17 Mac, jam 7.00 malam hanya di Astro Prima dan Astro Go.

Air tangan mak paling sedap. Istimewa episod kali ini Rasa Ajar Masak, Mak Semah bergabung dengan Betty Rahmad memasak menu berbuka. Apalah yang akan dibebelkan oleh Mak Semah sepanjang di dapur tu nanti? Jangan lupa saksikan Rasa Ajar Masak, episod ini Selasa 18 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Bila berpuasa ni semua menu nampak sedap. Untuk episod kali ini, kita tengok Isyariana dan ibunya masak bersama menu berbuka. Cekap ke Isyariana di dapur? Jangan lupa saksikan Rasa Ajar Masak setiap Sabtu-Rabu, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Gurau senda pengikat cinta. Episod kali ini menampilkan Atu Zero dan isteri memasak bersama di dapur. Kalau dah dengan Atu ni mesti ada sahaja lawaknya. Gamat betul dia mengusik Syafiqah sepanjang memasak. Nak tengok kemeriahan Atu dan isteri, jangan lupa saksikan Rasa Ajar Masak pada Ahad 22 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go

Bila Che Ta masuk dapur! Bukan hanya lawa tapi juara juga bab memasak. Kali ni, bersingsing lengan masak menu berbuka. Meriah betul bila ada suami tercinta, Zain Saidin.Tak sabar nak tengok menu yang bakal mereka masak. Jangan ketinggalan untuk menonton Rasa Ajar Masak , setiap Sabtu-Rabu, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Memang selalu tengok Fasha Sandha memasak tapi kalau berganding dengan adiknya ni mesti menu lagi special, lagi meriahlah hidangan berbuka nanti. Saksikan pasangan adik-beradik ini dalam Rasa Ajar Masak Isnin 24 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go

Boleh bayangkan tak kalau Dato’ Rosyam Nor masak di dapur? Terujakan? Istimewa Rasa Ajar Masak menampilkan Dato’ Rosyam Nor dan Anis. Gabungan bapa dan anak ni memang kecoh. Menu yang disediakan pun menyelerakan. Jangan ketinggalan episod ini, Rasa Ajar Masak, Selasa 25 Mac, jam 7 malam di Astro Prima dan Astro Go

Kalau berbuka dengan ibu mesti ada sahaja menu istimewa yang diminta. Kali ni Fazziq Muqriz kenalah masak sendiri sambil diajar oleh ibu tercinta. Menjadi ke tak anda kena saksikan mereka berdua di Rasa Ajar Masak Rabu 26 Mac, Jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Hari ini giliran Dato’ Hattan tunjuk bakat memasak bersama isteri,Datin Arianie. Nak tahu apa menu yang menjadi pilihan pasangan ini, jangan lupa tonton Rasa Ajar Masak pada Sabtu 29 Mac, jam 7.00 malam di Astro Prima dan Astro Go.

Eh dah nak raya, apa agaknya Wafiy Aan dan adik-adiknya nak masak? Semestinya menu istimewa maklumlah dah nak raya. Saksikan mereka dalam Rasa Ajar Masak pada Ahad 30 Mac, jam 7.00 malam hanya di Astro Prima & Astro Go