Animasi Selebriti Pertama Di Malaysia!

Siri animasi Lu Pikir La, Nabil! ini menceritakan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan, persahabatannya dan rakan-rakan serta kekalutan perangai orang-orang kampung.

 

 

Bermula 14 Oktober Jam 9 malam (setiap Khamis sehingga 4 Nov 2021), boleh tonton full episod di Youtube channel @meletop

 

 

EPISOD 1

Episod permulaan ini adalah pengenalan tentang Ahmad Nabil semasa kecil yang kuat berangan. Cita-citanya adalah ingin menjadi superhero supaya dia dapat menolong orang kampung.

Dia juga terpengaruh dengan rancangan kartun kegemarannya Spiderman, jadi dia beraksi luar kawalan sehingga menyebabkan rumahnya tunggang-langgang dan ini telah menimbulkan kemarahan ayahnya.

 

 

EPISOD 2

Nabil tidak berputus asa untuk menjadi superhero dan kali ni dia mengajak rakannya Fahmi dan Mok untuk mencari labah-labah berbontot merah supaya dia boleh bertukar menjadi Spiderman yang betul. Malangnya dengan secara tak sengaja, mereka terjumpa sarang lebah. Habis semua lari bertaburan.

Dan Fahmi cadangkan supaya mereka berhenti je cari labah-labah bontot merah kerana seluruh kampung akan bersawang disebabkan spiderweb. Jadi Fahmi berkata Nabil boleh tolong orang kampung dengan satu lagi cara iaitu dengan menjadi Ketua Kampung.