ANUGERAH NONA SUPERHERO 2023

Siaran Akhbar 

Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur (24 Januari 2024) 

PENGHARGAAN KEPADA LELAKI-LELAKI IKONIK CEMERLANG PELBAGAI BIDANG 

Nadir Al-Nuri dinobatkan sebagai penerima anugerah utama di majlis makan malam pengiktirafan Nona Superhero Award 2023. Beliau merupakan seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013. Beliau juga merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali Persatuan Cinta Gaza Malaysia.  

Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua ini disampaikan kepada 18 individu ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya yang mencetus revolusi Malaysia sepanjang tahun 2023.  

 Malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 ini berlangsung di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; Yang Berhormat Dato‘ Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP); serta Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP). 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara“. Beliau turut menyatakan kebanggaannya terhadap semua penerima anugerah, menyebut mereka sebagai wira-wira negara yang memotivasikan generasi muda untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia. 

 

Menurut Kiffy Razak, Head of Business Woman Segment, “Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing. Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!” 

SENARAI ANUGERAH NONA SUPERHERO 2023 

  ANUGERAH  PENERIMA 
1  Nona Superhero Award  Nadir Al-Nuri 
2  Nona Men’s Motivator Award  Prof Dato’ Dr Noordin Darus 
3  Nona Men’s Fashion Brand Award   Datuk Radzuan Radziwill 
4  Nona Men’s Legend Award   Anuar Zain 
5  Nona Men’s Active Award  Mohd Al Jufferi Jamari  
6  Nona Men’s Inspiring Award  Boss James 
7  Nona Men’s Celebrity Business Award   Nubhan Ahamad 
8  Nona Best F&B Business Award   Azrain Mohamad 
9  Nona Men’s Style Icon Award  Hun Haqeem  
10  Nona Men’s Social Media Influencer Award  Ryan Bakery 
11  Nona Men’s Paralympic Award  Muhammad Ammar Aiman  
12  Nona Best Innovative F&B Business Award    Cef Nazri Jameson  

Beard Brothers 

13  Nona Best Medispa Award  Dr Abdul Haq Ab Wasa  

Estika Medispa 

14  Nona Best Future Education Fund Award  Ahmad Dasuki Abdul Majid  

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 

15  Nona Best Aesthetician Award  Dr Abdullah @ Maliq Alias  

Dr Cute International  

16  Nona Best Community Dakwah Centre Award  Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof  

Murtadha Dakwah Centre (MADAD)  

17  Nona Best Hair Service & Product Award  Chez Hamdan  

ChezKamya Professional  

18  Nona Best Edupreneur Award  Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim  

Al Kauthar Eduqids  

 

HASHTAG RASMI 

#nonasuperhero 

#nonasuperheroaward2023 

#ideaktiv