ASTRO LANCAR ASTRO KEM BADMINTON 2025 DENGAN KLINIK SEKOLAH

Astro dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Astro Kem Badminton 2025 (AKB 2025). Pelancaran ini diadakan serentak dengan klinik badminton yang diadakan di SJK(C) Tsun Jin telah dihadiri oleh lebih 700 pelajar.

AKB 2025 merupakan inisiatif pembangunan akar umbi yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda sukan badminton dalam kalangan kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun. Pada tahun ini, program ini akan berlangsung di empat negeri: Sabah, Johor, Pulau Pinang, dan Selangor. Pemain terbaik dari setiap negeri akan dipilih untuk menyertai Kem Pemilihan KL yang akan diadakan pada hujung tahun ini.

Kem Pemilihan KL akan berlangsung selama lima hari, di mana pemain yang terpilih akan merasai pengalaman sebenar sebagai atlet badminton profesional. Mereka akan berpeluang mencontohi idola mereka dalam pasukan kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih professional sambil mengejar impian untuk bermain badminton di taraf profesional.

Bahagian paling istimewa AKB 2025 tahun ini adalah Latihan Serantau AKB yang akan diadakan di Bangkok, Thailand. Pemain terbaik dari Kem Pemilihan KL akan dipilih untuk menjalani latihan di Sekolah Badminton Banthongyord yang berprestij. Sekolah badminton terkenal ini juga pernah melahirkan pemain legenda Thailand, Ratchanok Inthanon, juara dunia pertama Thailand pada tahun 2013. Para pemain akan dilatih oleh jurulatih berpengalaman dari Thailand dan didedahkan kepada kaedah serta rutin latihan bertaraf antarabangsa.

Di ‘Home of Sports’, Astro percaya bahawa peranan kami bukan hanya sekadar menyiarkan kandungan sukan bertaraf dunia kepada penonton kami. Sejurus, kami komited sepenuhnya untuk memperkasakan sukan tempatan melalui inisiatif pembangunan akar umbi seperti Astro Kem Badminton, dengan tujuan membentuk bakat muda dan membina masa depan yang lebih cerah untuk sukan Malaysia. Pengalaman AKB ini akan memberi peluang luar biasa untuk pendedahan antarabangsa kepada atlet masa depan kita.

Pengarah Universal Sports, En. Tan Peng Koon berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dalam menyokong Astro Kem Badminton 2025, satu inisiatif bermakna yang membentuk bakat muda Malaysia dan memupuk semangat kesukanan. Di Universal Sports, kami percaya dalam mencipta peluang untuk generasi akan datang untuk mencapai kecemerlangan, manakala VICTOR komited untuk memperkasakan pemain muda dengan peralatan bertaraf dunia serta inspirasi untuk mengejar impian mereka. Bersama Astro, kami bersatu dalam visi untuk meningkatkan taraf badminton akar umbi dan membantu membentuk masa depan sukan ini di Malaysia.”

Bagi pemain berumur 10 hingga 12 tahun (lahir antara 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015) yang berminat untuk menyertai AKB 2025, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan di bawah atau imbas kod QR yang disediakan.

https://www.astro.com.my/astrokembadminton