BIZGLAM tawar pakej Glam Marketing Offline, Online

STRATEGIS konten kurator, BizGlam bersama Mingguan Wanita menerusi program Bikin Bisnes Sukses dan glamor menawarkan Pakej Pemasaran Glam bagi mengatasi sindrom bisnes kurang popular.

Dalam satu kenyataan media, Pakej Pemasaran Glam menawarkan pelbagai platform pemasaran secara atas talian dan offline.

“BizGlam juga bertanggungjawab menyediakan ruang publisiti dan promosi menerusi kemunculan dalam slot rancangan televisyen Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima.

“Publisiti dan promosi juga merangkumi rencana berkaitan bisnes dan personaliti dalam majalah Mingguan Wanita atau majalah pilihan lain, media sosial dan laman web Mingguan Wanita serta paparan dalam akhbar Sinar Harian,” katanya.

Katanya, strategi pemasaran hari ini memerlukan gabungan secara offline dan atas talian.

“Lebih kerap pendedahan jenama produk dan personaliti pengasasnya, lebih  ramai akan tahu kewujudan bisnes mereka.

“Bisnes bukan semata-mata data jualan tetapi juga kredibiliti dan keberadaan dalam pasaran. Kesedaran jenama menerusi platform atas talian dan offline perlu dilakukan serentak jika tidak, jenama bakal sendu,” katanya.

Antara kursus yang bakal dijalankan menerusi program Bikin Bisnes Sukses dan Glamor adalah, Kuasa Pemasaran Digital, trend 2019 dan memaksimumkan platform digital bersama Sifu Jamal dari sifufbads.

Program ini juga melibatkan kursus, pengurusan bisnes, kewangan, jenama dan pengedaran oleh Pakar Strategik Bisnes, Wan Nong Muzafar.

Selain itu turut ditawarkan kursus serlahkan personaliti karisma luar dan dalam yang akan dikendalikan oleh guru Perunding Imej Antarabangsa, Mary Anni.

Sebarang maklumat lanjut, menghubungi BizGlam di talian 019-6753057 sebelum 25 September 2018.

 

Source: Sinar Harian Online