
Sambutan luar jangka program Transformasi360 yang menghimpunkan sekitar 3,500 peserta dari seluruh negara membuktikan ramai rakyat Malaysia yang serius mahu keluar dari tekanan hidup dan mencapai kejayaan dalam kewangan serta kehidupan.
Transformasi360 merupakan inisiatif RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan kerjasama Astro sebagai rakan media yang menawarkan pengalaman transformasi mendalam yang terbukti dengan pendekatan ilmu, strategi, mindset dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu peserta mengenal pasti potensi diri mereka secara lebih efektif.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan luar biasa yang diterima kali ini sangat mengejutkan, malah pihak penganjur terpaksa menyediakan kerusi tambahan bagi menampung kehadiran yang melebihi jangkaan.
“Kami jangkakan kehadiran dalam 2,500 peserta namun yang hadir sekitar 3,500 bersamaan 75 peratus. Mereka yang hadir dari luar Lembah Kelang, Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah Brunei, Singapura dan Indonesia.
“Ini jelas menunjukkan betapa ramai yang dahagakan perubahan dan mahu tambah baik lagi serta keluar dari tekanan hidup yang mereka alami sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Dr. Radz Mohd., Ketua Pegawai Operasi, Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG), Suley Nordyana Yahya, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dan (POSITION) Datin Norashikin Habibur Rahman.
Transformasi360 ini ditambah baik daripada Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) selama tiga hari, bermula dari 10 hingga 12 Mei di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam ini menarik penyertaan pelbagai golongan — daripada usahawan, kakitangan kerajaan dan swasta, ibu tunggal, sehinggalah ke graduan muda — semua hadir dengan satu matlamat: mahu ubah hidup dan bangkit.
Tambah Azizan, sepanjang program, peserta dibimbing dalam membina semula kekuatan dalaman, menetapkan hala tuju hidup, serta membentuk tindakan yang konsisten dan praktikal untuk mencapai kejayaan yang lebih seimbang antara kewangan dan kehidupan peribadi.
“Teknologi Ai yang digunakan membolehkan peserta mengenal pasti profil personaliti dan arah tindakan terbaik mereka berdasarkan data, menjadikan Transformasi360 lebih tepat dan relevan dalam membantu peserta membina pelan tindakan peribadi.
“Reaksi peserta sangat menggalakkan, dengan banyak testimoni menyentuh hati di mana ada yang mula sedar potensi sebenar diri, ada yang temui semula hala tuju hidup dan tidak kurang yang mengalirkan air mata apabila menyedari apa yang menghalang mereka selama ini ialah kepercayaan yang membataskan diri sendiri,” ujarnya.
Menurut Azizan, Transformasi360 bukan sekadar seminar. Ini adalah bukti bahawa bila diberi bimbingan dan komuniti yang menyokong, manusia boleh berubah, boleh bangkit dan boleh bina hidup yang lebih baik.
“Melihat kepada impak yang begitu besar, RichWorks merancang untuk menganjurkan satu lagi siri Transformasi360 pada bulan September ini, bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu yang terlepas sesi kali ini untuk menyertai perjalanan transformasi mereka.
“Kami komited untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan kewangan yang menjerut. Transformasi360 hanyalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar buat mereka,” jelasnya.