
Selepas kejayaan penganjuran pada tahun lalu yang berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung, Edutainment Fest 2025 bakal kembali pada 23 dan 24 Ogos 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang dengan pengisian acara yang lebih padat, interaktif dan menghiburkan.
Dianjurkan oleh Majalah Pa&Ma, Bintang Kecil dan Keluarga di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd dengan kerjasama dari SSPN, festival ini akan berlangsung selama dua hari bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang, menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang disasarkan kepada kanak-kanak dan keluarga.
PENGISIAN PELBAGAI ACARA MENARIK
Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti:
1. Zumba Sarung Kids – Senaman pagi ceria untuk memulakan hari.
2. Himpunan Retro Si Comel – Persembahan gaya retro era 70-an, 80-an & 90-an.
3. Perasmian & Perarakan Himpunan Kesultanan Melayu – Paparan adat dan warisan Melayu.
4. Bakat Cilik – Pentas untuk anak-anak mempamerkan bakat nyanyian, tarian, dan kreativiti.
5. Pertandingan Jom Mewarna Anak Malaysia – Mencungkil bakat seni lukis dan mewarna.
6. Bicara Berirama – Deklamasi penuh semangat.
7. Citra Budaya Cilik Fashion Show – Pertunjukan fesyen pakaian tradisional pelbagai kaum.
8. Konsert Meletop – Persembahan artis popular tempatan.
Selain aktiviti pentas, Edutainment Fest 2025 turut menawarkan pelbagai tarikan tambahan untuk seisi keluarga:
1. Kehadiran maskot popular Didi & Friends.
2. Persembahan Magic Show yang memukau.
3. Reruai interaktif seperti Rumah Sihat, Kebun Haiwan, dan Rumah Desa.
4. Cabutan bertuah dengan hadiah menarik.
Festival ini menjangkakan kehadiran lebih 1,000 kanak-kanak sepanjang dua hari penganjuran.