GLAM LEBARAN NONA

GLAM LEBARAN NONA DIBAWAKAN OLEH MINAZ DAN DISERIKAN OLEH SABIHAH GOLD

Siaran Akhbar
GlamHall Damansara (28 Februari 2024)

Majalah Nona sekali lagi mencetus fenomena dengan menganjurkan acara pertunjukan fesyen Glam Lebaran Nona yang dibawakan oleh MINAZ dan diserikan oleh Sabihah Gold. Bersempena dengan ketibaan Syawal tidak lama lagi, acara ini bukan sahaja mengimbau kenangan raya yang sangat menyeronokkan malah koleksi baju-baju Aidilfitri yang menyentuh jiwa.

Bertemakan Arabic dan Malay Classic ̧ kehadiran tetamu terdiri peminat fesyen dan pempengaruh terkemuka memberi makna tersendiri kepada acara Glam Lebaran Nona. Turut hadir menyerikan majlis adalah Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad.

Terus meneraju trend dan menjadi rujukan wanita Malaysia, portal Majalah Nona sekali lagi menjalin kolaborasi dengan jenama fesyen tempatan seperti MINAZ. Selama 14 tahun di pasaran, MINAZ mengukuhkan kedudukannya dalam industri melalui pelbagai himpunan yang elegan termasuk koleksi raya yang menjadi pilihan wanita dan seisi keluarga.

Dengan gabungan kekuatan tiga entiti yang berpengaruh ini, diharapkan industri fesyen tempatan dapat terus berkembang dan mencipta impak yang signifikan dalam arena fesyen di Malaysia. Nona terus unggul dalam membantu mempromosi produk fesyen tempatan melalui platform digitalnya yang terkenal dengan liputan yang kreatif, informatif dan inspiratif.

Tahun ini, dalam menyambut suasana Aidilfitri yang penuh kegembiraan dan sempurna, MINAZ mempersembahkan koleksi Aidilfitrinya, Lebaran Kita “Sempurna” yang memukau dengan gaya yang elegan yang lebih sopan dengan pilihan potangan yang longgar membuatkan si pemakai kelihatan lebih anggun anggun. Seni floral batik dan blossom juga disuntik dalam edisi “printed” bagi menghidupkan nostalgia, kemodenan tradisional, gabungan lama dan baru dengan tradisi yang relevan dan nilai-nilai yang hebat. Koleksi aidilfitri tahun ini menampilkan rekaan yang direka khas untuk menonjolkan kecantikan dan keanggunan setiap pemakai.

MINAZ, yang terkenal dengan rekaan yang bersahaja tetapi mewah, sekali lagi memberikan sentuhan ajaibnya dalam memperkenalkan line up produk baharu iaitu “ABAYA SERIES” dengan perincian mewah inspirasi timur tengah. Istimewanya tahun ini, Pecahan koleksi raya terbahagi kepada dua iaitu Arab dan klasik. Setiap helai pakaian di dalam koleksi ini direka dengan teliti, menggabungkan unsur-unsur tradisional dan moden untuk mencipta gaya yang unik tetapi tetap bersahaja dan sesuai dipakai bukan sahaja di hari raya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Puan Hajah Hafiza Dato’ Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Pija MINAZ berkata, Lebaran Kita mempersembahkan gabungan unik antara seni floral batik dan blossom dalam edisi ‘printed’, yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden yang segar. Kami berharap koleksi ini tidak hanya memikat hati pelanggan tetap MINAZ, tetapi juga dapat menarik minat pelanggan baru yang mencari pakaian raya yang eksklusif dan istimewa.

Tambah Pija MINAZ lagi, “ MINAZ memberikan penekanan kepada potongan yang longgar dan corak yang melambangkan keanggunan serta kemewahan, sesuai dengan identiti jenama MINAZ yang dikenali dengan rekaan yang elegan. Dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan rekaan yang teliti,. Kami sangat berbesar hati memperkenalkan koleksi terbaru kami, “Abaya Series”, yang dihasilkan dengan perician mewah, penuh dedikasi dan cinta kepada fesyen inspirasi dari timur tengah. Kami yakin koleksi ini akan menjadi pilihan utama para pencinta fesyen yang menghargai nilai tradisi dan keindahan rekaan moden. Kami percaya, tahun ini Lebaran Kita “Sempurna” lebih sempurna dengan memakai koleksi memukau daripada MINAZ”.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama yang terjalin dengan MINAZ yang menghasilkan koleksi yang memukau ini. Kerjasama ini memperlihatkan komitmen kami untuk terus mengangkat dan mempromosikan bakat-bakat tempatan serta mendorong pertumbuhan industri fesyen Malaysia.

Tambah Syamil lagi, “Kami percaya bahawa fesyen adalah salah satu medium yang kuat untuk menyampaikan identiti budaya dan kreativiti negara kita kepada dunia. Dengan mempersembahkan koleksi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berani mengekspresikan diri melalui fesyen, sekaligus menyemarakkan lagi kepelbagaian fesyen tempatan.”

Menurut Kiffy Razak, Head of Business (Women Segment), “Kami sangat gembira dapat berkolaborasi dengan MINAZ. Ia adalah satu penghormatan bagi kami kerana dapat menyumbang kepada pembangunan industri fesyen tempatan sambil memaparkan kecantikan dan keunikan fesyen Malaysia kepada dunia. Kolaborasi ini bukan sahaja mencerminkan kebanggaan terhadap warisan fesyen lebaran tetapi juga menunjukkan komitmen kami untuk terus memperkukuhkan industri fesyen tempatan.”

Peragaan Koleksi Lebaran Kita “Sempurna” oleh model-model diserikan lagi dengan kilauan emas eksklusif daripada Sabihah Gold yang menambah kegemilangan barisan model pada malam ini.

 

Selain peragaan fesyen runway, MINAZ juga turut menampilkan selebriti Nora Danish sebagai muse memperagakan koleksi Lebaran Kita “Sempurna”. Majlis eksklusif ini dihoskan oleh Fiza Frizzy serta penyanyi Adira Suhaimi dan Amylea Azizan turut dijemput menghiburkan tetamu.

MINAZ juga dalam rangka kembangkan pasaran ke negara jiran INDONESIA. Secara eksklusif pempengaruh Indonesia, Aghnia Punjabi & Nadzira Shafa diterbangkan khas ke acara fashion show ini bagi melihat sendiri koleksi Lebaran Kita “Sempurna” oleh MINAZ.

Koleksi ini akan tersedia untuk pembelian mulai 1 Mac 2024 di butik dan laman web rasmi MINAZ. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi yang memukau ini untuk menambah kilauan di hari raya anda tahun ini. Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Lebaran Kita “Sempurna” oleh MINAZ, layari laman web rasmi MINAZ di www.minaz.com.my.

HASHTAG RASMI
#Glamlebarannona
#majalahnona
#ideaktiv
#LebaranKitaSempurna