
Rumah Raya Ideaktiv yang berlangsung baru-baru ini rupanya memakai pemanis. Patutlah ianya menjadi kenangan terindah buat para tetamu yang hadir.
Rupanya kehadiran pemanis yang telah menambat hati para tetamu adalah cenderahati istimewa yang merupakan kegemaran masyarakat tidak kira di peringkat usia.
Siapa yang tak pernah merasa gula kapas? Pasti ianya adalah salah satu kenangan manis sewaktu kecil. Manisan gebu ini menjadi kegemaran ramai ketika kecil.
Kini, nostalgia itu kembali dengan sentuhan yang lebih moden dan mesra pengguna melalui produk Gula Kapas Manda, yang diusahakan oleh Muhammad Meizan Aiman bin Mohd Isa, pemilik syarikat MayFive Enterprise.
Walaupun syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 2008, Muhammad Meizan mengambil alih pada awal tahun 2020 dan sejak itu, perniagaan ini berkembang dengan lebih rancak dari Melaka ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Apa yang istimewa Tentang Gula Kapas Manda?
Gula Kapas Manda bukan sekadar manisan biasa. Ia menjadi penyeri sesebuah majlis dek kerana rupanya yang berwarna-warni. Selain dijadikan makanan ringan, gula kapas ini juga menjadi pilihan popular untuk goodies majlis kahwin, birthday party, dan pelbagai majlis istimewa.
Lebih menarik, produk ini 100% keluaran bumiputera, dihasilkan dengan standard kebersihan tinggi, halal, dan tahan lama. Teksturnya yang lebih gebu menjadikan ia berbeza daripada gula kapas lain di pasaran.
Kini gula kapas telah divariasikan dalam pelbagai bentuk seperti Super Kon, Bucket, Jumbo Besar, Baby Kon dan small bucket. Jadi tidak hairankan apabila ianya hadir di sebarang majlis, sentiasa menjadi perhatian ramai.
Pemasaran yang kian meluas dan seiring dengan teknologi zaman membuatkan ianya mudah didapati dan tidak hairan kehadiran Gula Kapas Manda ini sering di nanti apabila berkunjung di pasaraya mahupun apabila ianya hadir di sisial media.

Strategi pemasaran yang menyeluruh ini menjadikan Gula Kapas Manda sebagai pilihan utama pengguna yang mencari manisan berkualiti dengan harga berpatutan.
Gula Kapas Manda bukan sekadar produk, tapi satu pengalaman rasa yang membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak. Dengan strategi pemasaran yang mantap dan kualiti yang dijaga rapi, tidak hairanlah jenama ini terus mendapat tempat di hati pengguna.
Sama ada untuk dimakan sendiri atau dijadikan buah tangan, Gula Kapas Manda adalah pilihan yang manis, bersih, dan penuh kenangan.