HIJAB FASHION AWARD 2024

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR, TENGKU HAJAH NORASHIKIN MENCEMAR DULI

MERAIKAN KEJAYAAN WANITA DALAM BIDANG FESYEN HIJAB

Majalah Nona dan Hijabista mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab di majlis ‘Hijab Fashion Award 2024’. Majlis gilang-gemilang yang diadakan di Hotel One World Petaling Jaya ini diserikanlagi dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang turut bersama-sama meraikan kejayaan wanita serta menyaksikan persembahan fesyen daripada Leeyanarahman dan pereka Datuk Radzuan Radziwill.

Buat julung kalinya, Majalah Nona dan Hijabista mengiktiraf tujuh (13) individu ikonik yang cemerlang dan berjaya mencetus revolusi dalam bidang fesyen hijab tanah air. Pengiktirafan ini bukan hanya sekadar penghargaan, tetapi juga satu langkah ke hadapan dalam mengangkat pencapaian mereka yang telah mengubah landskap fesyen modest tanah air.

Tahun ini, Leeyanarahman telah dinobatkan sebagai penerima Hijabista Fashion Brand Award. Kejayaan usahawan Nur Liyana Abdul Rahman dalam membina empayar fesyen telah mencetus revolusi dan fenomena tersendiri di kalangan peminat fesyen hijab. Penghargaan ini jelas menjadi pengiktirafan yang setimpal untuk pencapaiannya. Pengasas Leeyanarahman berkata, “Saya sangat terhutang budi kepada majalah NONA atas pengiktirafan ini. Ia bukan hanya satu anugerah peribadi, tetapi juga merupakan pencapaian bersama untuk industri fesyen berhijab di Malaysia.”

“Saya berharap pengiktirafan ini dapat menjadi inspirasi kepada bakat-bakat muda untuk terus berkarya, menjadi titik tolak yang memotivasikan mereka untuk mengejar impian seterusnya dapat mencipta revolusi dan mengejar impian mereka dalam bidang fesyen. Saya percaya bahawa setiap individu memiliki potensi untuk mencipta revolusi dalam industri ini, dan melalui sokongan dan pengiktirafan seperti ini, kita dapat membina komuniti yang lebih kuat dan dinamik dalam fesyen berhijab di negara kita. Saya berharap agar Leeyanarahman akan dapat terus berkarya dan menghasilkan koleksi yang hebat untuk semua.”

“Saya ingin berterima kasih kepada Nona dan Hijabista kerana memberi peluang untuk memperagakan fesyen runway untuk koleksi lebaran 2024. Selari dengan tema kami pada tahun ini, ‘Gemersik Raya Leeyanarahman’, koleksi lebaran kami dari rekaan design, material, saiz dan kualiti semuanya dibuat dengan skala high fashion dengan harga yang berpatutan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim berkata, “Kami sangat berbangga melihat kejayaan individu yang diiktiraf oleh Majalah Nona dan Hijabista kepada semua penerima anugerah yang telah mencipta nama dan memberi impak dalam industri. Ini sejajar dengan misi kami untuk menyokong dan memupuk bakat-bakat kreatif tempatan. Kami yakin penghargaan ini akan memberikan dorongan positif serta membuka peluang baru untuk pertumbuhan dan inovasi.”

Tambah Syamil Fahim lagi, “Majlis ini membuktikan betapa pentingnya pengiktirafan terhadap pencapaian-pencapaian cemerlang dalam industri kreatif. Sebagai syarikat yang komited kepada pembangunan bakat tempatan, kami berharap penghargaan ini akan menjadi pendorong untuk lebih banyak lagi usahawan untuk menyertai dan menyumbang kepada perkembangan industri ini. Kami percaya bahawa bakat-bakat tempatan mampu bersaing di peringkat global. Ini adalah satu langkah positif dalam mewujudkan landskap fesyen dan kecantikan yang dinamik di Malaysia. Nu Ideaktiv berkomitmen untuk terus menjadi rakan kepada industri kreatif tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan yang berkekalan dalam sektor ini”.

Menurut Kiffy Razak, Head of Businesswoman Segment, “Hijab Fashion Award diadakan untuk mengiktiraf serta memberikan penghargaan kepada wanita yang berjaya dalam industri fesyen berhijab. Melalui majlis ini, tujuan kami adalah untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan wanita yang telah memberikan sumbangan besar dalam membentuk dan memajukan industri fesyen berhijab, serta untuk memberi inspirasi kepada generasi masa depan untuk mengejar impian mereka dalam bidang ini.

Hijab Fashion Award bukan hanya sebagai satu majlis penghargaan, tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuhkan komuniti usahawan wanita dan memupuk pertumbuhan konsisten dalam industri fesyen berhijab.”

Turut diadakan bersempena majlis ini adalah peragaan fesyen runway daripada koleksi lebaran 2024 Leeyanarahman dan pereka tersohor Datuk Radzuan Radziwill. Majlis eksklusif ini dihoskan oleh Uyaina Arshad dan penyanyi bersuara emas, Liza Hanim turut dijemput menghiburkan tetamu.

SENARAI ANUGERAH
1 – Hijabista Fashion Brand Award Leeyanarahman
2 – Hijabista Designer Award Mimpikita
3 – Hijabista Influencer Award Muabellaz
4 – Hijabista Styling Award Didiyana Ehsan
5 – Hijabista Most Glam Award Rozita Che Wan
6 – Hijabista Legend Award Noor Kumalasari
7 – Hijabista Achievement Award Vivy Yusof
8 – Hijabista Favourite Couple Award Dahlia Rizal & Imran Aqil
9 – Hijabista Inspirational Award – Maryam You Narae
10 – Hijabista Emerging Jewellery Award Sabihah Gold
11 – Hijabista Best Inner Hijab Award Keklaa
12 – Hijabista Best Marketing & Event Organizer Award Time Reveal
13 – Hijabista Trusted Skincare Brand Award Addar Beauty

HASHTAG RASMI
#Hijabfashionaward2024
#majalahnona
#ideaktiv