Ideaktiv Lancar Kempen Kami Stay, Kami Care!

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, Ideaktiv turut mengambil inisiatif melancarkan kempen IdeaktivCare – Kami Stay, Kami Care!

Kempen yang berlangsung di semua aset dan media sosial Ideaktiv ini adalah untuk menyeru dan menggalakkan orang ramai duduk rumah atau kediaman masing-masing, serta mengikuti arahan serta langkah keselamatan bagi membendung wabak Covid-19.

“Kami rasa inisiatif ini perlu dan ia adalah tanggungjawab kami sebagai media. Sepanjang tempoh ini juga semua staf Ideaktiv bekerja dari rumah,” kata Ani Nadila Yusof, Timbalan Pengurus Besar Nu Ideaktiv.

“Kami percaya dengan langkah kerajaan ini, ia dapat memutuskan rantaian jangkitan dan membendung Covid-19 dari terus tersebar. Kita kena menjadi sebahagian daripada usaha ini dan kami di Ideaktiv juga akan terus memberi informasi yang diperlukan oleh umum untuk dimanfaatkan dan dikongsi dengan komuniti lain.” tambahnya.

IdeaktivCare – Kami Stay, Kami Care! bermula dengan siri informasi dalam bentuk visual. Objektif utama adalah wujudkan habit dan pemikiran dalam masyarakat bahawa semua benda adalah bermula dari diri kita, dan dari rumah.

Ideaktiv Lancar Kempen Kami Stay, Kami Care!   Ideaktiv Lancar Kempen Kami Stay, Kami Care!

 

Antara yang disediakan adalah maklumat tentang PKP, penerangan tentang wabak Covid-19, langkah pencegahan dan keselamatan serta banyak lagi dengan gaya bahasa yang mudah difahami.

Media-media di bawah Ideaktiv seperti Mingguan Wanita, Nona, Remaja, Pa&Ma, Keluarga dan banyak lagi digerakkan untuk memastikan maklumat ini sampai kepada umum.

Orang ramai boleh mengunjungi laman web dan laman sosial media berikut untuk mendapatkan informasi terkini serta bahan bacaan berguna setiap masa.

Mingguan Wanita  |  Nona  |  Pa & Ma  |  Keluarga  |  Remaja  |  Media Hiburan  |  Hijabista  |  Rasa  |  Kashoorga  |  Maskulin  |  Pesona Pengantin  |  Impiana Vanilla Kismis  |  Libur