Jom Wakaf Quran Untuk Hospital dan Pusat Kesihatan

SHAH ALAM – Wakaf Quran Untuk Hospital Dan Pusat Kesihatan. Sebuah projek bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ideaktiv, TV AlHijrah, Sinar Harian dan Majlis Dakwah Negara. Sebuah solidariti Ummah untuk Ummah.

Sumbangan wakaf al-Quran Mu’jam, terjemahan per kata dan Tajwid berwarna ini bagi membantu para petugas, pesakit dan orang awam memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan, petunjuk dan penyembuh dikala kita menangani pandemik Covid-19 dan seterusnya. 

#QuranTime CORNER juga akan diaktifkan menjelang Ramadan ini di hospital dan klinik kesihatan sebagai inisiatif berinteraksi dengan al-Quran; Baca, Faham dan Amal.

Orang ramai yang ingin berwakaf boleh melakukan demikian. Wakaf dibuka sekarang, RM45 senaskah, dengan sasaran 15,000 naskah untuk semua hospital dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.

Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga untuk ibu ayah sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Juga buat syarikat-syarikat yang ingin menyumbang kepada komuniti atau hospital.

Bagaimana ingin berwakaf?

1. Daftar sebagai pewakaf di bit.ly/wakafquranhospital
2. Bank-in bayaran wakaf ke akaun

Maybank Islamik : Warisan Ummah Ikhlas Foundation

No akaun : 564276516031

Sila letakkan rujukan (reference) : *Wakaf Quran*

(Semasa bank in, niatkan wakaf atas nama yang diniatkan)

3. Whatsapp slip bayaran ke

http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran

Semoga kita dianugerahkan kesejahteraan saat hidup di bawah naungan Al-Quran. Biidznillah.

Malaysia #QuranTime #MusaadahCOVID19 #WakafQuranUntukHospital #KekuatanSpiritual