Wakaf Al-Quran Capai Sasaran, Terus Wakaf Sehingga 14 April

SHAH ALAM – Jumlah terkumpul projek Wakaf Al-Quran Untuk Hospital dan Pusat Kesihatan Seluruh Malaysia terkini telah melebihi sasaran 15,000 naskah keseluruhan pada 9/4/2020.

Sehingga jam 2 petang, 9 April 2020, wakaf yang diterima adalah sebanyak 17,162 naskah Al-Quran Mu’jam dengan terjemahan perkata dan tajwid berwarna bagi membantu para petugas dan orang ramai berinteraksi dengan Al-Quran.

Menerusi wakaf ini, Al-Quran akan diagihkan untuk hospital utama 200 naskah, hospital biasa dan pusat kuarantin 60-100 naskah serta 40 naskah untuk klinik kesihatan. Manakala 2,500 naskah infak adalah untuk petugas barisan hadapan negara (frontliners) seperti polis, tentera, doktor dan lain-lain untuk disimpan dan digunakan pada waktu rehat atau sepanjang masa.

 

Program Wakaf Diteruskan

Meskipun telah mencapai sasaran, terdapat permohonan baru dari pusat kuarantin untuk menambah jumlah naskah Al-Quran yang diberikan bagi menampung permintaan yang ada. Juga pada masa yang sama kami menerima banyak rayuan dari orang ramai untuk memberikan peluang kepada mereka menyertai program wakaf ini.

Sehubungan itu, kami mengambil keputusan untuk terus menerima wakaf sehingga 14 April 2020 atas permintaan yang bertambah.

Para sukarelawan mengatur tugas serahan wakaf Al-Quran dari para penyumbang.

 

Serahan Al-Quran Wakaf

Wakaf Al-Quran Untuk Hospital & Pusat Kesihatan, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran.

Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan bermula hari Sabtu. Antara yang telah menerima agihan ialah pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang dan Hospital Sungai Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.

 

Rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih dari hospital-hospital dan pusat kesihatan yang telah menerima serahan wakaf dan akan terus dimanfaatkan di tempat masing-masing.

Serahan 200 naskah Al-Quran Mu’jam kepada Hospital Kuala Lumpur semalam.
Frontliners dari Hospital Serdang bersama Al Quran wakaf yang diterima.

 

Sumbangan wakaf ini akan dimanfaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital menggunakan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.

Quran Infak berjumlah 2,500 naskah bernilai RM100,000 yang telah kami terima pula akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan selain hospital, untuk jadi peneman semasa mereka berpeluang berehat di antara tugasan.

 

#QuranCorner

Quran Corner adalah ruang yang diletakkan Al-Quran wakaf bagi tujuan ‘Rehat dan Rawat’ melalui pendekatan berinteraksi dengan Al-Quran: baca, faham dan amal, nilai serta mesej yang ada dalam Al-Quran.

Ada juga pihak hospital menjadikan #QuranCorner dengan meletakkan Al-Quran di Troli Ibadah untuk rujukan para petugas dan pesakit. Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran, besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat.

Wakaf Quran inj juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.

Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.

Baca juga: https://www.ideaktiv.com/jom-wakaf-quran-untuk-hospital-dan-pusat-kesihatan/

Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahir ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah.

Projek Wakaf Al-Quran ini dicetuskan oleh Dato Hussamuddin Yaacob, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan disokong oleh media lain seperti Ideaktiv, TV AlHijrah, Sinar Harian dan Majlis Dakwah Negara.

 

CARA WAKAF:

Orang ramai yang ingin terus berwakaf sehingga 14 April ini boleh membuat sumbangan RM45/nashkah melalui akaun Maybank Islamic seperti dibawah:

1. Daftar sebagai pewakaf di bit.ly/wakafquranhospital
2. Bank-in bayaran wakaf ke akaun

MAYBANK ISLAMIC : WARISAN UMMAH IKHLAS FOUNDATION

NO AKAUN : 564276516031

Sila letakkan rujukan (reference) : *Wakaf Quran*

(Semasa bank in, niatkan wakaf atas nama yang diniatkan)

3. Whatsapp slip bayaran ke

☎http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran

MAKLUMAN PENTING!

Ideaktiv menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai Wakaf Al-Quran ini hanya dari media rasmi. Projek ini didukung oleh JAKIM, TV AL-HIJRAH, KARANGKRAF, SINAR HARIAN, IDEAKTIV & MAJLIS DAKWAH NEGARA dan diuruskan oleh WARISAN UMMAH IKHLAS FOUNDATION.

Terdapat beberapa pihak cuba mengambil kesempatan meniru dan menyamar iklan, serta mesej wakaf untuk mengalihkan dana ke akaun syarikat mereka.

Apa perlu dilakukan:
1. Mohon berhati-hati.
2. Semak no akaun ke WARISAN UMMAH IKHLAS FOUNDATION baru transfer.
3. Lihat pada logo poster.
4. Kunjungi laman media rasmi yang terlibat untuk maklumat sahih.

 

#IdeaktivCare #HaveFaith #JanganPutusAsaMalaysia