Pa&Ma Baby Fiesta 2020 Kini Kembali Lagi

Selepas kejayaan Pa&Ma Baby Fiesta pada tahun 2019, kini Pa&Ma sekali lagi membawakan anda Pa&Ma Baby Fiesta 2020. Acara yang berkonsepkan pesta dan ekspo ini akan berlangsung pada 4-6 September di Setia City Convention Centre. Acara yang berlangsung selama tiga hari ini, menyajikan anda dengan pebagai aktivit menarik, sarat informasi di samping memberikan anda dengan keseronokan membeli belah menerusi tawaran hebat sehingga 99%, hadiah hadiah cabutan bertuah, tawaran harga barang bermula dengan RM1 dan banyak lagi sehingga memberikan anda kepuasan sebenar membeli belah.

Dengan melebihi 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP NU Ideaktiv, pihak penganjur, yakin fiesta ini dijangka menarik lebih 80,000 pengunjung hasil daripada promosi besar-besaran yang dijalankan.

Tidak asing lagi, jenama Pa&Ma sendiri merupakan jenama yang diyakini di kalangan pembaca, pengamal perubatan, syarikat penawaran servis dan pengeluar produk keperluan bayi dan ibu tempatan.

Pada tahun ini, antara kelebihan yang diberikan nyata amat berbeza. Ini kerana, dengan adanya tempat yang strategik dan pelbagai kemudahan fasiliti yang disediakan seperti ruang parking yang luas, dewan pameran yang cukup selesa, kemudahan penting seperti surau, ruang menyusu , tukar lampin, kemudahan bagi orang kurang upaya dan lain-lain lagi kemudahan untuk keselesaan bersama.

Oleh itu khas kepada pengusaha dan pengeluar produk bayi, kanak kanak & ibu, ini adalah masanya untuk anda menyertai kami dengan mengembangkan lagi perniagaan bersama kami.

 

Bagi pengusaha barangan keperluan bayi dan ibu, penganjur turut menawarkan tawaran harga ruang niaga Super Early Bird dengan menikmati potongan harga booth sehingga 15%. Jadi, jangan lengahkan masa anda untuk merebut tawaran hebat ini sehingga 16 April 2020.

 

Ringkasan tawaran Booth

  • Potongan sebanyak 15% bagi setiap booth & sah sehingga 16 April 2020
  • Lubuk duit untuk peniaga seperti anda
  • Tapak niaga yang selesa & berhawa dingin
  • Branding & Marketing Exercise untuk perniagaan anda
  • Dijangkakan melebihi 80,000 pengunjung yang akan membanjiri selama 3 hari

Ikuti kami di Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau layari babyfiesta.majalahpama.my atau hubungi : 019 675 3057