
Cuti sekolah kali ini pasti lebih bermakna buat anak-anak anda! Pa&Ma Funland : Home of Kids kembali dengan pelbagai aktiviti menarik khas untuk seisi keluarga.
📍 Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil
📅 12 – 15 September 2025
⏰ 10.30 pagi – 9.00 malam
Aktiviti Menyeronokkan Menanti!
Pa&Ma Funland menyajikan pelbagai aktiviti interaktif yang menghiburkan kanak-kanak seperti permainan teka-teki, soccer kids, rubik, dental booth, face painting serta pelbagai cabaran menyeronokkan dengan hadiah menarik untuk dimenangi.
Kehadiran Maskot Popular
Lebih istimewa, anak-anak anda berpeluang bertemu maskot kesayangan mereka seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cocomelon, Upin & Ipin, Pinkfong, Mechamato, Bluey, dan ramai lagi. Pastinya ia menjadi pengalaman berharga buat anak-anak yang tidak boleh dilepaskan!
Destinasi Cuti Sekolah Terbaik
Dengan tema “Where Family Fun Comes to Life”, Home of Kids bersama Pa&Ma Funland menjanjikan satu aktiviti cuti sekolah yang penuh keceriaan, mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghiburkan semua pengunjung.
✨ Jangan lepaskan peluang ini! Bawa keluarga anda dan rasai kemeriahan Pa&Ma Funland di Pavilion Bukit Jalil.
AKTIVITI DI PA&MA FUNLAND
#ideaktiv #pamafunland #majalahpama #pama #homeofkids