Pa&Ma Mengiktiraf 40 Jenama Yang Terbaik dan Berkualiti Sempena Ulangtahun yang ke-23

Jenama terbaik dan berkualiti di Majlis Anugerah Malam Gala Jenama Pilihan sempena
sambutan ulangtahun yang ke-23. Majlis yang diadakan di Muzium Negara ini disambut
dengan dengan meriahnya dengan bertemakan Nostalgia 60-an. Pa&Ma sebuah portal keibubapaan No.1 di Malaysia yang menjadi rujukan mama papa menyambut ulangtahunnya yang ke-23 pada bulan Oktober yang lepas. Kejayaan Pa&Ma pada hari ini adalah hasil daripada sokongan penuh daripada setiap jenama yang menerima anugerah pada hari ini. Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu parenting sudah cukup untuk membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati papa
mama milenial Malaysia.


Tahun ini merupakan pengiktirafan yang kelima diadakan selepas diadakan buat julung kalinya pada tahun 2019. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Pa&Ma memberi pengiktirafan kepada semua jenama berkualiti dan diyakini untuk dianugerahkan dengan Jenama Pilihan Pa&Ma 2023. Kelainannya pada tahun ini, sambutan ulangtahun Pa&Ma disambut selama dua hari iaitu pada 24 dan 26 November dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang bersama Muzium Negara untuk memeriahkan lagi suasana di sana.


Idea untuk memberi pengiktirafan Jenama Pilihan Pa&Ma ini tercetus apabila melihat
kerjasama yang baik dan mendapat sokongan daripada pihak terlibat dan ia menjadi inisiatif Pa&Ma untuk membantu mama papa di luar sana untuk memilih hanya yang terbaik buat si manja dan keluarga tersayang. Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu & Produk Anak, kategori Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Kategori Shopping, Libur & Servis dan Kategori Klinik & Hospital. Tahun ini, Pa&Ma turut memilih Ikon Pakar dan Ikon Parenting yang banyak berkongsi ilmu serta memberi impakpositif kepada para pengikut mereka di
media sosial.


Istimewa untuk tahun ini, Pa&Ma juga akan memberi penghormatan kepada mama papa
pempengaruh yang telah menguasai media sosial yang banyak menyumbang, memberi
manfaat dan memberi kesedaran tentang dunia keibubapaan yang unik daripada realiti
kehidupan sebenar mereka. Antara Ikon yang diberi pengiktirafan ialah Khairul Abdullah, Md Nor, Dr Wan, Aunty Purple, Wawa Shauqi, Mommy Yuyu, Mia Azahar, Bengah, Cikgu Zuraidi dan Dr Luqman Bukhari.


Pengarah Urusan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim dengan tulus ikhlas mengucapkan
tahniah kepada semua pemenang anugerah hari ini. “Kejayaan dan prestasi yang anda capaiadalah pengiktirafan kepada komitmen dan usaha yang telah anda sumbangkan dalam menyumbang kepada bidang keibubapaan. Anda semua adalah sumber inspirasi buat kami dan komuniti Pa&Ma. Setiap anugerah yang diterima adalah bukti kualiti dan kepercayaan yang telah anda bawa kepada orang ramai. Kami berharap ini merupakan satu permulaan kepada lebih banyak pencapaian yang bakal anda raih. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Pa&Ma. Kami berazam untuk terus menyokong dan membantu anda dalam perjalanan keibubapaan anda. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang, dan teruskan menyinari dunia keibubapaan dengan kecemerlangan anda!”


Wan Erni Head of Business Parenting berkata, “Tahun ini kami berbesar hati untuk memberi
pengiktirafan kepada semua jenama yang banyak bekerjasama dengan Pa&Ma. Kesemua
jenama ini mempunyai kredibiliti mereka serta diyakini ibu ayah di luar sana. Paling menarik, kerjasama dengan pihak Muzium Negara menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah lumayan untuk ditawarkan kepada follower Pa&Ma.”

 

Sambutan ulangtahun Pa&Ma hari kedua iaitu pada 26 November dimeriahkan dengan aktviti Zumba Sarung di mana peserta yang terlibat dapat merasai pengalaman berzumba dengan memakai kain sarung. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyumbang kepada keseronokan, malah menambahkan elemen keunikan. Di samping itu IVF Metro juga berkongsi ilmu kepada mama papa yang berusaha untuk mendapatkan zuriat melalui program sesi sembang sihat.

Tidak lengkap sambutan ulangtahun ini tanpa penglibatan mama papa dan anak-anak. Oleh itu, Pa&Ma telah menganjurkan pertandingan mencari harta karun yang dinamakan “Kampung Hunt.” Pertandingan ini melibatkan 200 peserta daripada 50 keluarga yang terdiri daripada mama papa dan dua orang anak. Pertandingan ini bukan sahaja membangkitkan semangat persaingan, malah memupuk semangat kerjasama dalam kalangan keluarga yang terlibat. Petang itu juga dihangatkan lagi dengan Konsert Penyambung Warisan yang melibat bakatbakat cilik yang akan menyanyikan lagu bertemakan tradisional dan klasik di samping persembahan kreatif Sabah dan Sarawak dari Muzium Negara.