Pencarian Hero Remaja 2020

NU Ideaktiv menerusi Majalah Remaja serta pihak Astro memperkenalkan edisi kesepuluh bagi meraikan tempoh 3 dekad penganjurannya. Daripada 600 yang hadir, hanya 12 orang finalis yang telah disenarai pendek mewakili yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Mereka semua ditempatkan di bawah satu bumbung untuk tempoh hampir 2 bulan bagi menjalani penggambaran 8 buah episod yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 27 Februari 2020.

Dihoskan oleh Ain Edruce, edisi Hero Remaja kali ini juga menampilkan Dato’ Hans Isaac dan Scha Alyahya sebagai juri tetap. Sebelum kesemua finalis memulakan perjalanan dalam pencarian ini, mereka sempat diberikan pesanan oleh kedua-dua selebriti berpengalaman ini.

Hero Remaja 2020 kini telahpun memasuki episod keempat dengan menyaksikan penyingkiran Thompson Goh ataupun Tom.

Ikuti perkembangan terkini Hero Remaja 2020 di laman digital serta media sosial Majalah Remaja. #HeroRemaja2020