RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA 2025 MEMANG #MERIAHLAINMACAM

Ramadan tahun ini sememangnya meriah macam bersama Nu Ideaktiv! Dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan, jenama resipi, masakan dan komuniti, RASA sekali lagi menganjurkan acara tradisi tahunan bubur lambuk, tetapi kali ini dengan skala yang lebih besar dan dimensi yang lebih istimewa dengan meraikan wira negara secara lebih dekat dan bermakna melalui kempen bertema, Bubur Lambuk Rewang Wira.

Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kempen ini membawa roh Ramadan yang sebenar, iaitu berpaksikan gotong-royong, kasih sayang dan penghargaan kepada mereka yang berbakti kepada negara. Tahun ini, kerjasama bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) , Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sekadar penerima bubur lambuk, tetapi mereka sendiri akan turut serta dalam penyediaannya, bersama barisan sukarelawan dan komuniti. Inilah manifestasi sebenar Rewang Wira, satu acara yang menyalurkan penghormatan kepada mereka yang sering berada di barisan hadapan mempertahankan negara, kini berganding bahu bersama masyarakat dalam tradisi Ramadan yang penuh keberkatan.

RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA 2025 MEMANG #MERIAHLAINMACAM

Sejak tujuh tahun lalu, acara ini telah menjadi nadi dalam menghidupkan semangat kemasyarakatan sepanjang Ramadan. Namun tahun ini, ia dibawa ke satu tahap yang lebih meriah lain macam! Lebih 8,000 pek bubur lambuk akan diedarkan kepada masyarakat yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur, termasuk hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Senarai lokasi agihan Bubur Lambuk

  1. Dataran Merdeka
  2. Hospital Kuala Lumpur (HKL)
  3. PA Seri Selangor PPR Laksamana
  4. Institut Jantung Negara (IJN)
  5. Bazar Jalan Raja Alang
  6. Bazar Jalan Kuching
  7. Pasar Seni

RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA 2025 MEMANG #MERIAHLAINMACAM

Sebanyak 15 periuk besar bubur lambuk disediakan menggunakan:
• 300kg beras Wangi Malaysia SAJI Aroma
• 113kg santan S&P
• 90kg minyak masak OKI
• 120 pek AJI-SHIO® Lada Berperisa & 120 pek AJI-SHIO® Lada Hitam

Dibantu oleh lebih 60 anggota ATM, 50 sukarelawan RASA dan ASTRO Kasih, serta 30 anggota DBKL, proses memasak dijalankan penuh semangat hingga ke tengah hari.

Kolaborasi tahun ini juga lebih gah dengan kehadiran Blackmores sebagai penaja utama buat pertama kalinya, di samping sokongan berterusan daripada FGV dan Aji-Shio, serta rakan penaja lain seperti Santan S&P, OKI, inDrive. Strategi kolaborasi strategik pula utuh dengan kerjasama ATM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta rakan media, Astro, Zayan dan Borak seeNI.

Tepat jam 2.30 petang, berlangsungnya Majlis Flag Off Edaran Bubur Lambuk. Upacara pelepasan konvoi ini disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, disertai oleh para VVIP termasuk Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, wakil DBKL, JKKN dan semua rakan penaja. Menurut Encik Syamil Fahim, acara ini adalah satu inisiatif tahunan yang telah menjadi satu simbol bagaimana RASA sebagai jenama masakan  an resipi terulung di Malaysia terus berkembang untuk membawa impak kepada kelompok komuniti yang lebih meluas.

RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA 2025 MEMANG #MERIAHLAINMACAM

“Kalau kita amati betul-betul, Bubur Lambuk adalah juadah berbuka puasa yang telah menjadi tradisi yang menghubungkan hati dan jiwa masyarakat. Setiap senduk bubur yang dimasak bukan hanya tentang rasa, tetapi tentang nilai kebersamaan dan keikhlasan. RASA berbangga menjadi antara penggerak utama tradisi ini, memastikan setiap tahun lebih ramai yang dapat menikmati keberkatan Ramadan melalui program ini.

Tahun ini sangat istimewa kerana kami bukan sahaja mengekalkan tradisi, malah berkembang lebih jauh dengan kolaborasi besar. Kami sangat teruja untuk menyambut Blackmores sebagai penaja utama buat pertama kali, dan menghargai sokongan padu daripada FGV, Aji-Shio, Santan S&P, OKI dan inDrive. Kejayaan acara ini membuktikan bahawa RASA bukan sekadar jenama, tetapi satu platform yang menyatukan masyarakat melalui cinta terhadap makanan dan nilai kemanusiaan.”

RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA 2025 MEMANG #MERIAHLAINMACAM

Sementara itu, Susi Emmarini Masri, Ketua Unit Bisnes Jenama Masakan & Deko merangkap Editor Pengurusan RASA, menekankan bahawa tema Rewang Wira mempunyai satu sentimen yang lebih mendalam, bukan hanya sekadar tema semata.

“Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa di sebalik keamanan dan kesejahteraan  yang kita nikmati, ada wira-wira negara yang berkorban bukan sahaja nyawa tetapi juga masa bersama keluarga. Jika kita menyambut Ramadan dengan keluarga, ada di antara mereka yang masih bertugas menjaga keselamatan negara. Oleh sebab itu, kami di RASA mahu mendekatkan masyarakat dengan wira negara ini melalui cara yang lebih bermakna, bukan sekadar memberi, tetapi membawa mereka bersama untuk lebih dekat dengan komuniti. Rewang Wira membolehkan kita menyatukan dua elemen, tradisi gotong-royong dalam penyediaan bubur lambuk dan penghargaan kepada mereka yang berkorban demi kita semua. Masyarakat akan dapat melihat sendiri, memasak bersama, dan berbuka puasa dengan mereka. Inilah penghormatan sebenar, bukan hanya dalam kata-kata, tetapi melalui perbuatan.”

Pengisian Istimewa Yang Meriah Lain Macam
Bukan sekadar memasak dan mengedar, acara ini juga diwarnai dengan pelbagai aktiviti menarik:

  • Segmen Meriah Lain Macam bersama Penyampai Zayan, Faizal Ismail & Nana Mahazan
    – Bermula jam 4.30 petang, segmen ini penuh dengan aktiviti interaktif, kuiz, permainan, hadiah eksklusif dan barangan istimewa untuk dimenangi. Suasana pasti lebih ceria dengan kehadiran personaliti radio terkenal ini!
  • Program temubual, Borak seeNI akan menampilkan hos Keanu Azman menerusi aktiviti Tazkirah, selain daripada peluang untuk orang ramai memenangi pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Borak seeNI juga akan menutup acara Bubur Lambuk Rewang Wira dengan Haziq hussni sebagai hos dalam sesi busking band rasminya, AANTU Band yang dibarisi oleh Adzrin Adzhar & The Uncle.
    • Persembahan istimewa dari Mila Jirin dan selebriti tanah air
    • Tazkirah Ramadan bersama Ustaz Hariri & Keanu Azman
    • Demonstrasi masakan eksklusif bersama Chef Naem & Shafiq Cute
    • Booth interaktif penaja dengan tawaran eksklusif
    • Pelancaran Malam Tujuh Likur dengan pameran replika hiasan gergasi

Lebih menarik, mereka yang hadir berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah istimewa, barangan eksklusif, serta pemeriksaan kesihatan percuma di booth Blackmores!

Sebagai sebahagian daripada kemeriahan Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira, pengunjung berpeluang membawa pulang sebahagian daripada RM5,000 duit raya menerusi peraduan media sosial yang mudah dan menyeronokkan! Hanya rakam momen terbaik anda di acara ini, sama ada dalam bentuk gambar atau video dan kongsikan di Instagram atau TikTok dengan kapsyen kreatif tentang mengapa Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira ini “Meriah Lain Macam”. Jangan lupa sertakan #RasaBuburLambuk, #MeriahLainMacam, serta tag @majalahrasa di Instagram atau @rasa.my di TikTok. Penyertaan dengan kapsyen paling kreatif bakal memenangi duit raya sebanyak
RM200!

RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA 2025 MEMANG #MERIAHLAINMACAM

Bubur Lambuk Rewang Wira ini juga merupakan antara acara utama untuk program Iftar@KL2025, anjuran DBKL dan JKKN. Menerusi Iftar@KL2025 juga, orang ramai berpeluang untuk turut menyaksikan pameran 11 struktur replika hiasan gergasi bagi pelancaran Malam Tujuh Likur. Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa di Dataran Merdeka sambil menikmati suasana berbuka puasa yang lebih bermakna, dikelilingi pelita hiasan yang menerangi kawasan Dataran Merdeka, menjadikan pengalaman Ramadan kali ini lebih istimewa.

Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan Bubur Lambuk Rewang Wira di Dataran Merdeka, 22 Mac ini. Saksikan sendiri bagaimana kempen ini bukan sahaja meraikan tradisi berbuka puasa, tetapi juga menjadi simbol penghargaan dan perpaduan antara rakyat dan wira negara.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti RASA di semua platform digital dan jangan lupa muat turun aplikasi Seeni untuk pelbagai kandungan menarik sepanjang Ramadan dan Syawal!

#RasaBuburLambuk #BuburLambukRewangWira #MeriahLainMacam
#RamadanBersamaWiraNegara