Rasa Makan Fest 2020

Buat julung kalinya, jenama terkenal RASA mengorak langkah ke hadapan dengan penganjuran acara pesta makanan yang dikenali sebagai Rasa Makan Fest. Festival makanan pilihan No.1 kaki makan ini bakal berlangsung selama tiga hari iaitu dari 24 -26 Julai 2020 di Stadium Shah Alam di Kawasan meletak kereta zon W4.

Pesta berlangsung selama tiga (3) hari mengetengahkan makanan tradisional dan kontemporari jalanan popular Malaysia. Acara terbaik meraikan pelbagai juadah makanan untuk semua dalam kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Rasa Makan Fest (RMF) adalah syurga buat semua pencinta makanan.

 

Menambah lagi tarikan, RMF dianjur untuk semua peringkat usia; millennia dan keluarga. Menyajikan banyak pertandingan yang menyeronokan, demonstrasi masakan, zon keluarga dan persembahan artis popular, bertemu artis dan selebriti pujaan. Ringkasnya, RMF adalah sesuai untuk semua.

 

RMF disokong oleh platform organisasi media terkenal & diyakini yang mempunyai kekuatan aset promosi dan publisiti lebih 30 juta pengikut di media sosial, digital dan media konvensional.

Sokongan padu barisan artis dan selebriti terkenal tanahair turut diterima bagi memeriahkan pesta makanan ini. Satu tarikan yang bukan biasa-biasa.

Rasa Makan Fest merupakan ruang perniagaan ideal untuk semua pengusaha makanan kecil, sederhana mahupun ternama mempromosikan pelbagai produk atau juadah makanan tradisional dan popular selain membawakan makanan unik dan terkenal dari seluruh pelusuk tanah air dalam satu pesta makanan bagi memudahkan para pencinta makanan menikmatinya dalam satu masa dengan lebih mudah.

 

Padat dengan pelbagai acara atau aktiviti bagi memeriahkan acara penuh keseronokan ini, Ideal untuk semua peringkat usia. Orang ramai yang hadir tidak perlu risau akan keselesaan kerana pihak penganjur menyediakan kemudahan asas utama seperti kemudahan letak kereta yang mencukupi, tandas, surau, sinki cuci tangan, tempat makan yang banyak dan lain-lain lagi.

Bagi para pengusaha makanan yang berminat, boleh terus menghubungi urusetia di talian 011-59518757. Namun demikian itu, berikutan penularan wabak COVIDS 19, pihak penganjur akan memantau dekat perkembangan semasa dan memaklumkan kepada semua sebarang keperluan penangguhan acara ini sekiranya ada kelak.