RUMAH KONTEN IDEAKTIV @ KARNIVAL SIANG MALAM KARANGKRAF PAPAR LIFESTYLE MASYARAKAT MASA KINI

Bersempena dengan Karnival Siang Malam Karangkraf, Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. (NI) membawakan Rumah Konten Ideaktiv – sebuah pengalaman interaktif yang mendekatkan masyarakat dengan dunia kandungan digital dan kreatif yang kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian.

Sebagai penghargaan kepada para penyokong setia kandungan terbitan jenama-jenama di bawah NI, Rumah Konten diwujudkan bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri pengalaman sebagai pengacara dan pencipta kandungan (content creator) – satu fenomena yang kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat moden.

Lebih menarik, sebagai penerbit media terkemuka yang telah melahirkan pelbagai majalah popular tanah air, NI turut membawa anda menyelami pengalaman “menjadi muka hadapan majalah” – dari penggambaran sehinggalah ke konsep penataan visual seperti seorang selebriti sebenar!
Aktiviti Menarik di Rumah Konten Ideaktiv

📍 Tarikh: 25 – 27 Julai 2025
⏰ Masa: 9 pagi – 12 tengah malam
📌 Lokasi: Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
🔹 Camera, Rolling, Action!

Tunjukkan bakat anda sebagai pengacara – siapa tahu, anda berbakat besar?
🔹 Lights, Camera, Pose!

Rasai detik glamor bergambar sebagai ‘cover majalah’ ala selebriti.
🔹 Kataloka

Cabaran minda dan kreativiti menanti anda!
Acara Khas

📅 26 JULAI 2025 | SABTU
🕛 12 tengah hari – 1 petang: Who Wants To Be A Women Stars (Pentas Utama)
🕓 4 petang – 6 petang: Kuiz Automotif RP MASKULIN & Mini Autoshow (5 motosikal menarik)

📅 27 JULAI 2025 | AHAD
🕛 12 tengah hari: Demo Tiramisu Bajet RASA Premium & Kuiz RASA
🕑 2 – 4 petang: Himpunan Cilik Ala Saloma & P. Ramlee (Pentas Utama)

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa ini!
Jom ke Rumah Konten Ideaktiv di Karnival Siang Malam Karangkraf – Pasti Buat Anda Galau Sampai Ngigau!