RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH

Sebagai penutup Syawal tahun ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan Rumah Raya IDEAKTIV 2025, yang menghimpunkan seluruh warga kerja IDEAKTIV daripada pelbagai bahagian, bersama barisan pengurusan tertinggi Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan Astro Malaysia.

Suasana lebih bermakna apabila majlis berlangsung di kediaman Abang Jamil di Shah Alam, yang dihias indah dengan sentuhan nostalgia dan warna-warni menambahkan seri kemeriahan Aidilfitri. Rumah Raya Ideaktiv ini bukan sekadar medan menjamu selera, tetapi turut menjadi platform menyemai ukhuwah dan mengeratkan silaturahim antara semua warga IDEAKTIV.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim. Ia disusuli dengan acara simbolik pemotongan pulut kuning sebagai lambang kesyukuran dan perpaduan.

RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH

Turut menyertai acara simbolik ini ialah Pengerusi Nu Ideaktiv, Ms. Cynthia Seow serta Datuk Muhammad Nasir Hamzah selaku Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Kehadiran tetamu terhormat dari Kumpulan Karangkraf dan Astro Malaysia turut menyemarakkan suasana apabila mereka bersama-sama memeriahkan acara yang berlangsung.

Antara yang hadir ialah Puan Firdaus Hussamuddin, Encik Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Encik Lokman Affandy Yahya, Puan Farah Hussamuddin, Datin Nora Habibur Rahman dan suami, Encik Azizi bin Fickry, Bryan, Puan Naquiah Muhamad Noor serta Puan Fawzana Fathy yang kesemuanya melengkapkan lagi kemeriahan Rumah Raya Ideaktiv.

RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAHRUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAHKehadiran team ‘Borak seeNi’, iaitu program bual bicara terbaharu di Astro Prima turut menambahkan keterujaan para hadirin dalam sambutan Aidilfitri kali ini.

RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH

Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Zahra and The Band yang membawakan pelbagai lagu nostaglia raya menceriakan lagi suasana majlis.

Pelbagai aktiviti santai dan menghiburkan turut diadakan termasuk Teka Duit Dalam Sampul, Karok Raya Relay Challenge dan pertandingan Best Dress untuk kategori lelaki dan wanita.

RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH

Kemuncak majlis diserikan dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik, sekali gus menambahkan keterujaan dan keceriaan dalam kalangan hadirin.

Dengan suasana yang mesra dan penuh adat, Rumah Raya IDEAKTIV 2025 berjaya mencipta memori indah buat semua yang hadir. Majlis ini bukan sekadar sambutan hari raya, malah menjadi jambatan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan serta semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja IDEAKTIV.

RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH RUMAH RAYA IDEAKTIV 2025 MERIAH DENGAN TRADISI DAN UKHWAH