SUMANDAK TAKES BORNEO: EKSPLORASI UNIK! TIGA GADIS TEROKAI NEGERI BAWAH BAYU DI TVS!

TV Sarawak (TVS) dengan bangganya mempersembahkan sebuah program terbaharu, penuh dengan elemen kebudayaan, menelusuri keindahan alam serta pengalaman unik dalam penjelajahan ‘Sumandak Takes Borneo’, sebuah program yang mengetengahkan keunikan Sabah melalui perspektif dan pengembaraan tiga wanita muda.

Rancangan yang diterbitkan secara eksklusif oleh pelopor media digital melayu terunggul NU Ideaktiv, rancangan ini menjanjikan kisah menarik asimilasi budaya, sejarah serta cabaran yang mengujakan.

Sebuah Perjalanan Memahami Keindahan dan Budaya Borneo
Sumandak Takes Borneo menampilkan perjalanan tiga wanita berani — Tracie Sinidol, Dina Allysha, dan Auni Yusri yang meneroka hidden gem serta keindahan sebenar Borneo, dari lokasi bersejarah hingga ke destinasi tersembunyi yang sarat dengan budaya dan tradisi masyarakat setempat.

Sepanjang penjelajahan ini, mereka bukan sahaja menemui pelbagai warisan yang unik, tetapi juga merasai sendiri kehidupan komuniti tempatan serta menyertai aktiviti budaya yang mengujakan.

SUMANDAK TAKES BORNEO: EKSPLORASI UNIK! TIGA GADIS TEROKAI NEGERI  BAWAH BAYU DI TVS!

Lebih menarik lagi, setiap episod bakal membawa penonton untuk menjelajah ke tempat tempat yang jarang menjadi tumpuan apatah lagi dipaparkan di kaca televisyen, termasuk perkampungan tradisional, tapak bersejarah, serta destinasi alam semula jadi yang menakjubkan.

Malah, Tracie, Dina, dan Auni akan berinteraksi lebih dekat dengan penduduk tempatan, demi memahami adat resam, budaya secara terus dari akar umbi serta merasai sendiri pengalaman budaya seperti tarian tradisional, memasak hidangan warisan nenek moyang dan menyertai aktiviti sukan rakyat.

Selain itu, program ini turut memberikan tumpuan secara khusus dari aspek pemeliharaan dan pemuliharaan Flora dan Fauna eksklusif Sabah, bagaimana masyarakat tempatan menjaga warisan alam semula jadi mereka dan bagaimana setiap pelancong boleh memainkan peranan dalam mengekalkan kelestarian alam di Borneo.

Barisan Tenaga Kreatif
Program yang diarahkan oleh Faiz Munir dan diterbitkan oleh Rizal Risman, Sumandak Takes Borneo menawarkan pengalaman sinematik yang memukau dengan penggambaran yang menampilkan panorama indah Borneo serta kisah penuh emosi dan inspirasi.

Rancangan ini menjanjikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan dengan penggunaan sinematografi berkualiti tinggi dan naratif yang bersahaja tetapi memberi maksud mendalam sekaligus menjadikan setiap episod bukan sahaja menarik tetapi bermakna.

SUMANDAK TAKES BORNEO: EKSPLORASI UNIK! TIGA GADIS TEROKAI NEGERI  BAWAH BAYU DI TVS!

Tarikh Tayangan dan Episod
Sumandak Takes Borneo akan ditayangkan secara eksklusif hanya di TVS bermula [4 Mac 2025 hingga 27 Mei 2025], rancangan sepanjang 13 episod ini bersiaran pada setiap hari Selasa jam 10.30 malam dengan setiap episod membawa penonton menyelami pelbagai aspek kehidupan di Borneo.

Sebuah Penghormatan kepada Warisan Borneo
Rancangan ini bukan sekadar rancangan pengembaraan biasa, tetapi juga merupakan satu bentuk penghormatan kepada warisan Borneo yang kaya dengan budaya dan tradisi yang perlu dihargai.

Ditambah dengan garapan penyampaian yang segar dan perspektif moden, rancangan ini sesuai untuk tontonan semua peringkat usia yang ingin mengenali keunikan pulau terbesar di Malaysia ini dengan lebih dekat.

Selain menghiburkan, Sumandak Takes Borneo juga berfungsi sebagai platform pendidikan, memaparkan kisah-kisah inspirasi mengenai usaha komuniti dalam mengekalkan identiti budaya mereka.

Ini kerana, setiap episod mengetengahkan individu yang memainkan peranan penting dalam memelihara budaya dan warisan Borneo, serta memberi inspirasi kepada penonton untuk lebih menghargai kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia.

SUMANDAK TAKES BORNEO: EKSPLORASI UNIK! TIGA GADIS TEROKAI NEGERI  BAWAH BAYU DI TVS!

Jangan Lupa Saksikan!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Sumandak Takes Borneo, hanya di TVS! Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari laman web rasmi TV Sarawak (TVS) atau media sosial NU Ideaktiv.