
World #Quran Convention (WQC) 2025 kembali dengan tema “Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges”, yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Disember 2025 di Perdana Hall, MITI, Kuala Lumpur.
Acara anjuran Ummah Ikhlas Foundation dengan kerjasama Media Selangor dan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia ini menghimpunkan tokoh ilmuwan, pemimpin industri serta pakar ekonomi bagi membincangkan bagaimana prinsip al-Quran dapat diaplikasikan dalam menangani cabaran ekonomi semasa.
Berinspirasikan Surah Al-Saff, WQC 2025 membawa visi “1500H Vision” yang menyeru pemimpin dan usahawan Muslim mengadaptasi mindset Quran dalam pengurusan kekayaan dan kemakmuran sebagai satu amanah dan ibadah. Melalui konsep “Tijarah dengan Allah” (Al-Saff:10), WQC menekankan nilai kejujuran, kebajikan dan tanggungjawab sosial sebagai Return on Akhirah (ROA) – ukuran sebenar kejayaan berteraskan keberkatan dan nilai spiritual.
Al-Quran turut menawarkan penyelesaian ekonomi berpaksikan empat tonggak utama seperti dihuraikan oleh Imam al-Qurtubi: Keadilan dan Integriti (al-‘Adl), Ihsan dan Kasih Sayang (al-Ihsan), Halal dan Tayyib (al-Halal wa al-Tayyib), serta Keseimbangan (al-Tawazun) – yang menjadi asas kepada ekonomi beretika dan mampan.
WQC 2025 juga memperkenalkan inisiatif #Saff12Movement, merangkumi 12 sektor ekonomi selaras dengan RMK-13 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), bagi menterjemahkan panduan al-Quran ke dalam tindakan strategik dan penyatuan ummah melalui semangat “Do Business with Allah.”
Antara tokoh utama yang bakal tampil ialah Ustadh Nouman Ali Khan (Bayyinah Institute, AS), YAB Dato’ Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor), VBG (Dato’ Dr.) Siraajuddin Suhaimee (Ketua Pengarah Institut Pembangunan Islam Malaysia – IDB), Dr. Imran Alvi (Oxford Intellect, UK) dan Tan Sri Dato’ Sri Zainal Abidin (Pengerusi Dagang NeXchange Berhad).
Majlis turut diserikan dengan alunan qari antarabangsa seperti Ustadh Tirmizi Alii, Ustadh Abdul Khair Jalil, Shaykh Moin Fallah, dan Shaykh Asem.
Sebagai rakan strategik, Nu Ideaktiv Sdn Bhd menyokong usaha menyebarkan mesej dan manfaat WQC 2025 kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh peranan media dalam pembangunan ummah.
Tiket serta maklumat lanjut boleh didapati di www.worldquranconvention.com





