© 2025 Hakcipta Terpelihara 🤍 Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. 201701033404 (1247575-P)
Sekoci
2025 | RTM
Saksikan Sekoci yang di hoskan oleh Fiza Fizzy dan Fikry Ibrahim. Menampilkan pelbagai gaya hidup tradisional masyarakat Malaysia.
Sumandak Takes Borneo
2025 | TVS
Bersedia untuk pengembaraan epik bersama Tracie Sinidol, Dina Allysha, dan Auni Yusri menjelajah keindahan Borneo! Dari budaya unik hingga destinasi menakjubkan, mereka akan membawa anda mengenali Borneo dengan pengalaman yang luar biasa. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan keindahan dan keunikan Borneo!
Kongsi Kasih Musim 4
2025 | Astro Prima
Kongsi Kasih kembali menyentuh hati rakyat Malaysia dengan musim terbaharunya, Kongsi Kasih Jejak Jalanan. Kali ini, dengan kerjasama Perfume Paradise, program ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi turut merungkai kisah-kisah penuh inspirasi dan keprihatinan, lebih-lebih lagi dalam keberkatan bulan Ramadan. Setiap episod membawa penonton menyelami realiti kehidupan mereka yang kurang bernasib baik, sambil menyemarakkan semangat untuk berkongsi rezeki dan menyebarkan kasih sayang dalam komuniti.
Chef Terangkat
2025 | Astro Prima
Dihoskan oleh Keanu Azman, jom memasak bersama Chef Adu dan selebriti jemputan sambil berkongsi tips masakan yang pasti membantu anda untuk menyediakan juadah buat seisi keluarga.
Borak Seeni
2024 | Astro Prima
Jom borak secara santai dalam membincangkan isu semasa, gaya hidup terkini di samping mengetengahkan kepebagaian kisah yang dapat memberi inspirasi. Tidak ketinggalan, borak seeNi turut membantu warga SME dalam mempromosikan produk tempatan bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara. Ikuti celoteh gabungan barisan pengacara baharu dan lama sambil berhibur dengan persembahan istimewa dalam rancangan bual bicara secara langsung Borak seeNI! Setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi di Astro Prima.
Siaran ulangan juga boleh ditonton pada jam 8.30 malam di Astro Prima.
Ajar Masak
2025 | Astro Ria
Buat julung kalinya, MASKULIN menerusi Nu Ideaktiv mempersembahkan WHO’S YOUR BRO, rancangan realiti kecergasan penuh adrenalin yang mendefinisikan persaudaraan lelaki! Siri ini pastinya menjanjikan aksi epik, kehangatan emosi dan inspirasi tulen terutamanya buat sekalian bro di luar sana! Saksikan WHO’S YOUR BRO di Astro Ria mulai 29 November 2024, jam 9 malam!